- Lain-lain
China Umum Garis Panduan Dorong Pembangunan Insurans Sains, Teknologi

Penyelidik Li Gang, Liu Jianghua, and Zhou Benzhe (kanan ke kiri) membincangkan status operasi magnet superkonduktor di stesen ujian ayunan kuantum medan magnet tinggi suhu ultra rendah kendalian Institut Fizik Akademi Sains China di Beijing, 26 Januari 2026. (Xinhua/Jin Liwang)
China telah mengeluarkan satu garis panduan baharu untuk mempercepat pembangunan berkualiti tinggi insurans sains dan teknologi, sebagai salah satu usaha untuk memperkukuh kemandirian negara dalam bidang teknologi.
Dokumen tersebut, yang diumumkan oleh Kementerian Sains dan Teknologi, Pentadbiran Kawal Selia Kewangan Negara, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, serta Pentadbiran Harta Intelek Negara pada Isnin lalu, menggariskan 20 langkah meliputi enam bidang, menyasarkan pembinaan sebuah sistem insurans yang lebih selari dengan inovasi teknologi.
Insurans sains dan teknologi China telah memainkan peranan sebagai penstabil dengan mengimbangi kos yang besar, kitaran pembangunan yang panjang dan juga risiko yang tinggi membabitkan inovasi teknologi. Pada 2025, ia menyediakan liputan risiko sekitar 8 trilion yuan, sementara premium naik 44 peratus tahun ke tahun.
Garis panduan baharu ini menggesa supaya meningkatkan mekanisme perkongsian risiko bagi pencapaian-pencapaian utama, begitu juga sokongan insurans yang lebih kukuh untuk daya teknologi strategik negara.
Bagi syarikat kecil dan sederhana yang berorientasikan teknologi, pembekal insurans digalakkan menawarkan produk yang lebih mudah dan berpatutan dengan akses yang lebih luas serta proses tuntutan yang tidak rumit.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- Xi Seru Perkasa Penyelidikan Asas, Pertingkat Inovasi Asli
- Mempertingkat Kemandirian Sains dan Teknologi dalam Pembangunan Negara Sosialis Moden - Xi
- China Temu Rahsia Hasilkan Gentian Karbon Prestasi Tinggi
- BOC Sediakan Dana Khas RMB60 Bilion untuk Perusahaan Sains dan Teknologi
- Inovasi Kecil Berimpak Besar: Bagaimana China Manfaatkan Teknologi, Perbaiki Kehidupan Harian
- WICV 2025 Fokuskan Pengaplikasian Inovatif Teknologi Termaju
- PM Li Seru Sokongan Dasar, Sains dan Teknologi Untuk Pacu Industri Bioperubatan
- Persidangan Sains Asas Antarabangsa 2025 Fokuskan Masa Depan Manusia
- China Sepadukan Peranan Zon Pembangunan Teknologi dan Ekonomi, Mahu Tarik Pelaburan Asing
- Memangkin Agenda Pemerkasaan Negara Dalam Bidang Sains Teknologi - Xi