Ekonomi China Kekal Berdaya Tahan Meskipun Ketegangan di Timur Tengah - IMF

(CRI)Khamis 16 April 2026

Ekonomi China kekal berdaya tahan, mempunyai potensi besar dan akan memberi kesan positif kepada dunia meskipun konflik di Timur Tengah memberi kesan limpahan kepada ekonomi global.

Demikian menurut Pengarah Urusan Tabung Kewangan Dunia (IMF), Kristalina Georgieva ketika menjawab soalan wartawan Kumpulan Media China (CMG) dalam satu sidang media pada Rabu.

Beliau berkata, perubahan struktur ekonomi China pada masa ini akan terus menyumbang secara positif kepada ekonomi dunia.

"Seiring China mengubah model pertumbuhannya daripada bergantung kepada eksport, kepada dipacu oleh penggunaan domestik, serta daripada berasaskan perdagangan barangan kepada berasaskan perkhidmatan," ujarnya lagi.

Video

Berita Berkaitan