IMF Mahu AS Perkukuh Kerjasama Perdagangan, Kurangkan Sekatan Berimpak Global

(CRI)Khamis 26 Februari 2026

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Rabu mengeluarkan kenyataan berhubung Rundingan Perkara Keempat Amerika Syarikat (AS) 2026, menyeru Washington agar memperkukuh kerjasama konstruktif dengan rakan dagang serta mengurangkan sekatan perdagangan yang memberi kesan negatif merentas sempadan.

Dalam kenyataan tersebut, IMF menyatakan AS perlu menangani kebimbangan berkaitan amalan perdagangan tidak adil melalui dialog dan persefahaman bersama, selain berusaha mencapai persetujuan bagi mengurangkan langkah-langkah perdagangan yang boleh menjejaskan ekonomi global.

Menurut IMF, termasuk dalam isu tarif dan kawalan eksport, sebarang langkah perdagangan dan pelaburan yang dilaksanakan atas alasan keselamatan negara wajar dihadkan, supaya kesan negatif terhadap ekonomi domestik dan antarabangsa dapat diminimumkan.

IMF berkata peningkatan tarif boleh memesongkan peruntukan sumber produktif, mengganggu rantaian bekalan global serta menjejaskan manfaat perdagangan antarabangsa, di samping meningkatkan kos kepada perniagaan dan pengguna.

Rundingan Perkara Keempat adalah penilaian tahunan IMF terhadap prestasi ekonomi dan dasar makroekonomi negara anggota.

Rundingan kali ini menumpukan kepada peralihan dasar ekonomi AS pada 2025, merangkumi kesan dasar itu terhadap domestik dan rakan dagangannya serta ekonomi global.

Video

Berita Berkaitan