Ekonomi China Tumbuh Lima Peratus, Tunjuk Daya Tahan di Tengah Cabaran Global

(CRI)Jumaat 17 April 2026

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global tahun ini kepada 3.1 peratus, iaitu penurunan sebanyak 0.2 peratus berbanding unjuran pada Januari lalu.

Meskipun demikian, prestasi ekonomi China kekal berdaya tahan.

Ini dibuktikan dengan prestasi ekonomi China yang menyaksikan peningkatan sebanyak lima peratus pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Sebagai entiti ekonomi kedua terbesar di dunia, agregat ekonomi China telah melebihi RMB140 trilion (RM81.2 trilion).

Justeru, pertumbuhan sebanyak "lima peratus" adalah satu pencapaian yang sangat bernilai, khususnya dalam keadaan asas ekonomi yang tinggi.

Penganalisis menilai bahawa ekonomi China kini memperlihatkan tiga ciri-ciri utama iaitu mengekalkan peningkatan mantap, dan menunjukkan daya tahan tinggi walau ekonomi dunia berdepan banyak ketidaktentuan, sementara penggerak baharu memainkan peranan kian besar. Semua ini menjadi asas kukuh bagi mencapai sasaran pertumbuhan tahunan.

Misalnya perdagangan luar negara, jumlah import dan eksport China pada suku pertama melepasi RMB11 trilion (RM6.38 trilion), meningkat sebanyak 15 peratus berbanding tahun lalu.

Import mencatat pertumbuhan hampir 20 peratus, dan 7.7 mata peratus lebih tinggi berbanding eksport, sekali gus mencatat rekod tertinggi dalam sejarah.

Selain itu langkah memperluas zon perdagangan bebas, penganjuran acara seperti Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) dan Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair), serta pelaksanaan pengecualian tarif sepenuhnya bagi semua produk dari 53 negara Afrika yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China bermula 1 Mei, mencerminkan komitmen China untuk bukan sekadar menjadi "kilang dunia" malah turut berperanan sebagai "pasaran dunia".

Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgievamenyatakan ekonomi China kekal berdaya tahan, mempunyai potensi besar dan akan memberi kesan positif kepada dunia meskipun dunia kini berdepan pelbagai cabaran.

Pertumbuhan sebanyak lima peratus bukan sekadar pencapaian gemilang bagi suku tahun pertama, tetapi juga isyarat jelas bagi permulaan yang baik bagi Rancangan Lima Tahun ke-15 (2026-2030) dan perkongsian peluang dengan dunia.

Video

Berita Berkaitan