Ding Xuexiang Lawat Turkmenistan

(CRI)Sabtu 18 April 2026

Utusan Khas Presiden China Xi Jinping, Ding Xuexiang telah melakukan lawatan ke Turkmenistan dari 15 hingga 17 April.

Ding, yang juga Naib Perdana Menteri China,dan ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, telah menghadiri majlis pelancaran fasa keempat medan gas Galkynysh, mengadakan pertemuan dengan Pemimpin Nasional Rakyat Turkmen dan Pengerusi Halk Maslahaty, Gurbanguly Berdimuhamedov, serta Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedov.

Selain itu, Ding juga bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Turkmenistan, Rashid Meredov mempengerusikan mesyuarat ke-7 Jawatankuasa Kerjasama China-Turkmenistan.

Video

Berita Berkaitan