Turkmenistan, China Kerjasama Laksana Projek Infrastruktur Mega

(CRI)Isnin 23 Mac 2026

Turkmenistan sedang bekerjasama dengan China bagi melaksanakan siri projek mega yang melibatkan infrastruktur pengangkutan dan logistik, kata Pemimpin Nasional Rakyat Turkmen Gurbanguly Berdimuhamedov.

Berdimuhamedov yang juga Pengerusi Halk Maslahaty Turkmenistan berpendapat bahawa kerjasama itu boleh menghubungkan ruang geografi yang luas antara Pasifik dan Atlantik, sekali gus menyuntik momentum kuat kepada pembangunan ekonomi seluruh benua Eurasia.

"Kerjasama berkenaan akan mendorong kesalinghubungan yang mendalam antara sistem pengeluaran dan teknologi dengan rantaian perindustrian.

"Ia juga akan memberi sumbangan penting bagi menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan kehidupan rakyat dan meningkatkan taraf hidup serta kesejahteraan rakyat negara-negara di dunia," kata beliau dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).

Ketika diminta mengulas mengenai situasi semasa dunia, Berdimuhamedov berkata situasi antarabangsa amat rumit pada masa ini, namun masih wujud kemungkinan bagi merungkai ketidaktentuan, menamatkan konfrontasi dan kembali kepada dialog.

"Dalam hal ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempunyai mekanisme dan sumber yang lengkap. Perkara paling penting adalah sama ada kita berazam menggunakannya dengan baik," ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan