Landskap Kesalinghubungan dan Logistik China Lengkap dan Rancak - Pemenang Hadiah Nobel Ekonomi

(CRI)Isnin 20 April 2026

Pembangunan China sangat cepat. Kalau dilihat dari keseluruhan yang melibatkan baik perubahan dalam struktur pekerjaan mahupun penaiktarafan industri, China gah dengan lonjakan bertahap dalam aspek kualiti pengeluaran barangan, peningkatan ketara dalam sistem logistik, dan sokongan dari analisis pembangunan yang semakin komprehensif.

Demikian dinyatakan Profesor James J. Heckman dari Universiti Chicago Amerika Syarikat (AS), yang juga merupakan seorang pemenang Hadiah Nobel bagi kategori ekonomi.

Ketika bertemu bual dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) di Beijing baru-baru ini, Heckman menyatakan bahawa semua infrastruktur yang beroperasi di China termasuk lebuh raya, landasan kereta api dan lapangan terbang, membentuk satu landskap kesalinghubungan dan sistem logistik yang semakin lengkap dan dinamik, yang dipercayai boleh membawa impak positif.

Menurut beliau, bekas Presiden AS Barack Obama ketika melawat China pada kira-kira sedekad lalu pernah berkata bahawa AS yang terperangkap dalam 'lumpur perang', membelanjakan wang di Iraq dan Afghanistan, manakala China yang tidak terlibat dalam peperangan, memilih menumpukan tenaga untuk memperbaiki kehidupan rakyat, membina jalan, dan membangunkan perindustrian.

"Selain itu, China telah berkembang ke tahap yang sangat tinggi dalam banyak bidang termasuk perdagangan global dan penyelidikan akademik. Jadi, boleh dikatakan bahawa China telah bangkit dalam hampir setiap bidang ekonomi. Saya rasa ini amat mengagumkan," kata Heckman.

Beliau sentiasa menunjukkan sikap positif dan optimis terhadap pembangunan China, dan menjelaskan itu berpunca daripada pengalamannya ketika bergaul dengan rakyat China yang dianggap bijaksana dalam suasana kemasyarakatan yang dianggap holistik dan akomodatif. Di mata Profesor itu, rakyat China tidak suka cakap kosong, sebaliknya bertindak pantas dalam melaksanakan setiap perkara dengan keberkesanan dijadikan keutamaan.

Video

Berita Berkaitan