Ekonomi Asia Pasifik Kekal Enjin Pertumbuhan Global - UNESCAP

(CRI)Selasa 21 April 2026

Rantau Asia Pasifik kekal sebagai enjin utama pertumbuhan ekonomi global, menurut laporan disiarkan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik (UNESCAP) pada Isnin.

Laporan itu menyebut bahawa meskipun begitu, momentum pertumbuhan sedang melemah dengan peningkatan semula tekanan inflasi.

Justeru, setiap negara perlu memperkukuh daya tahan ekonomi serta mempercepat peralihan tenaga bagi menghadapi pelbagai cabaran.

Laporan sama turut menyatakan, meskipun berdepan pelbagai cabaran, rantau Asia Pasifik masih menyumbang kira-kira 53.4 peratus pertumbuhan ekonomi sejagat.

Video

Berita Berkaitan