- Lain-lain
Pembangunan Berkualiti Tinggi China Suntik Kestabilan kepada Ekonomi Dunia - Pengarah Urusan WEF
Pengarah Urusan Forum Ekonomi Dunia (WEF) Maroun Kairouz berkata, ekonomi China yang berjaya beralih dari pertumbuhan pesat ke pembangunan berkualiti tinggi, telah menyuntik momentum dan kestabilan kepada ekonomi dunia.
Beliau juga memberikan penilaian positif terhadap prestasi transformasi dan penaiktarafan ekonomi China, dan menyifatkannya sebagai mempunyai makna strategik, dengan sasaran mewujudkan pembangunan yang lebih lestari dan berdaya tahan.
Kairouz menyatakan demikian dalam wawancara secara bertulis oleh Agensi Berita Xinhua, baru-baru ini.
Beliau menyatakan bahawa China sudah menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada pemasangan baharu kapasiti pemasangan tenaga boleh diperbaharui di dunia sejak beberapa tahun lalu.
Pada tahun 2024, China menarik pelaburan sebanyak USD818 bilion dalam bidang tenaga bersih, dan angka itu meningkat 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Sementara itu, ekonomi digital seperti kecerdasan buatan (AI), pembuatan maju dan perkhidmatan digital banyak menyumbang kepada peningkatan kecekapan pelbagai sektor di China.
Kairouz menganggap bahawa prestasi tersebut bukan sahaja mempertingkat daya tahan ekonomi China, malah juga mencipta peluang baharu kepada negara lain dalam bidang tenaga bersih, perdagangan teknologi dan lain-lain, serta amat membantu dalam mengatasi cabaran bersama khususnya ketika dunia kini mendepani situasi yang tidak menentu.
Kairouz menekankan bahawa China mempunyai rantaian bekalan pembuatan yang amat berdaya saing di peringkat global.
Selain itu, teknologi hijau dan kelebihan pembuatan maju yang dimiliki China akan memainkan peranan penting dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan ketidakstabilan rantaian bekalan global.
- China Tetap Penyumbang Terbesar Pertumbuhan Ekonomi Dunia - Presiden WEF
- China Jadi Enjin Utama Pertumbuhan Industri Perfileman Global
- PM China Adakan Dialog "1+10" dengan Penanggungjawab Pertubuhan Ekonomi Antarabangsa
- Dagangan Global Dijangka Cecah USD35 Trilion pada 2025-UNCTAD
- PM Li Qiang akan Adakan Dialog dengan Pemimpin 10 Organisasi Ekonomi Antarabangsa
- China Komited Menyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Global-- PM Li
- Tinjauan: Sumbangan China terhadap Ekonomi Dunia Dipuji Responden Global
- AMRO Naikkan Unjuran Ekonomi Serantau 2025
- Pembangunan Berkualiti Tinggi China Bawa Peluang Besar Buat Dunia
- Ekonomi Marin China Pacu Pertumbuhan Stabil Perdagangan Global




