- Lain-lain
Tinjauan CGTN: China, Kepastian Terbesar bagi Dunia yang Mendepani Situasi Tidak Menentu
Hasil tinjauan pendapat umum yang dilancarkan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) baru-baru ini mendapati bahawa sebanyak 82.6 peratus responden berpendapat pembangunan berkualiti tinggi ekonomi China telah mengetuai trend perkembangan ekonomi dunia.
Tinjauan itu dilancarkan CGTN terhadap netizen global susulan kerajaan China mengumumkan data mengenai pembangunan ekonomi negara ini bagi 2025.
Menurut data berkaitan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat RMB140.1879 trilion (RM81.6693 trilion) pada 2025, menokok 5 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Menurut tinjauan CGTN, 86.6 peratus responden berpendapat bahawa pasaran berskala besar di China yang semakin diperluas dan dinaik taraf, memberikan lebih banyak peluang pembangunan kepada negara-negara lain.
Selain itu, 83.6 peratus responden menganggap siri dasar dan langkah yang dicadangkan bagi Rancangan Lima Tahun ke-15 untuk meningkatkan keterbukaan bertaraf tinggi sekali lagi membuktikan China sentiasa merupakan penyokong teguh kepada globalisasi ekonomi dan pembela tegas kepada multilateralisme.
Sementara itu, 83.4 peratus responden berpendapat, berdepan dengan cabaran global proteksionisme perdagangan dan anti-globalisasi, setiap negara wajib untuk menyelesaikan isu terbabit melalui pengukuhan dialog dan kerjasama.
Dimaklumkan lagi, 84.1 peratus responden bersetuju bahawa negara-negara Selatan Global memainkan peranan yang semakin penting dalam usaha mengekalkan dan mengukuhkan sistem perdagangan pelbagai hala serta mempromosikan globalisasi ekonomi yang lebih inklusif dan bermanfaat untuk semua.
Sebanyak 96.3 peratus responden menyeru agar pelbagai negara meningkatkan daya tahan ekonomi melalui langkah mempromosikan kepelbagaian perdagangan dan mengukuhkan kerjasama serantau, sekali gus memajukan ekonomi global ke arah lebih stabil dan mantap.
Tinjauan tersebut dilancarkan di platform CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia, diikuti 10,044 netizen dalam masa 24 jam.
- China Tetap Penyumbang Terbesar Pertumbuhan Ekonomi Dunia - Presiden WEF
- China Jadi Enjin Utama Pertumbuhan Industri Perfileman Global
- PM China Adakan Dialog "1+10" dengan Penanggungjawab Pertubuhan Ekonomi Antarabangsa
- Dagangan Global Dijangka Cecah USD35 Trilion pada 2025-UNCTAD
- PM Li Qiang akan Adakan Dialog dengan Pemimpin 10 Organisasi Ekonomi Antarabangsa
- China Komited Menyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Global-- PM Li
- Tianjuan CGTN: Keberkesanan Tadbir Urus China Dihargai Tinggi Responden Sejagat
- Tinjauan: Sumbangan China terhadap Ekonomi Dunia Dipuji Responden Global
- AMRO Naikkan Unjuran Ekonomi Serantau 2025
- Pembangunan Berkualiti Tinggi China Bawa Peluang Besar Buat Dunia




