Negara BRICS Anjur Mesyuarat mengenai Isu Asia Barat di New Delhi

(CRI)Ahad 26 April 2026

Mesyuarat melibatkan naib menteri luar dan utusan khas negara BRICS bagi isu Asia Barat berlangsung selama dua hari di New Delhi bermula Khamis.

Utusan khas China bagi isu Asia Barat, Zhai Jun yang menghadiri mesyuarat itu berkata situasi di Asia Barat kini berada pada fasa kritikal dengan asas gencatan senjata yang rapuh, keselamatan rantau yang memburuk dan situasi kemanusiaan yang meruncing.

Beliau menyeru negara BRICS supaya mempertahankan prinsip bebas, menegakkan keadilan dan terus bersinergi bagi menyumbang tenaga yang positif, mampan dan konsruktif untuk kedamaian Asia Barat dan dunia.

Dalam pada itu, pesertamesyuarat menekankan keperluan untuk menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara sambil menyeru supaya pertikaian diselesaikan menerusi saluran politik dan diplomatik.

Video

Berita Berkaitan