- Lain-lain
Presiden China, Brazil Adakan Perbualan Telefon
China bersedia bersama Brazil bagi mendorong kerjasama saling untung dalam pelbagai bidang dan memantapkan perkembangan hubungan bilateral.
Demikian menurut Presiden China Xi Jinping ketika mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva pada Jumaat.
Xi berkata tatkala berdepan situasi antarabangsa yang tidak menentu, China dan Brazil selaku anggota penting Selatan Global merupakan kuasa konstruktif dalam memelihara keamanan dan kestabilan dunia serta menambah baik tadbir urus global.
Mengulas lanjut beliau berkata, kedua-dua negara perlu berdiri teguh di sisi yang benar dalam sejarah, mempertahankan kepentingan bersama Selatan Global dan menjunjung peranan teras Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta keadilan antarabangsa.
Sementara itu, Lula menyatakan bahawa Brazil bersedia bekerjasama rapat dengan China untuk mempertingkat hubungan dua hala dan hubungan antara Amerika Latin dengan China.
Brazil juga komited bersinergi dengan China untuk memelihara kewibawaan PBB, memperkasa kerjasama BRICS serta menjaga keamanan dan kestabilan serantau dan global, tambah beliau.
- Latihan Tentera Laut “Keazaman Kedamaian 2026” Bakal Diadakan di Afrika Selatan
- Mesyuarat Menteri Luar BRICS Keluar Kenyataan Pengerusi Tekan Kerjasama Selatan Global
- Seminar BRICS di Brazil Bincang Tadbir Urus Negara
- PM China Dijadual Hadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-17
- China Mahu Jalin Kerjasama dengan Pelbagai Pihak, Dorong Pembangunan 'Greater BRICS'
- PM China Seru BRICS Jadi Pelopor Promosi Pembaharuan Tadbir Urus Global
- Xi Hadir Sidang Kemuncak BRICS secara Maya Esok
- Xi Hadir Sidang Kemuncak BRICS Secara Maya
- Bersatu Padu Mara dengan Semangat Kental - Xi
- China Alu-alukan Penyertaan Malaysia dalam Kerjasama BRICS
- China Kini Pembekal Baja Terbesar Brazil
- China, Brazil Komited Perkasa Kerjasama Bilateral
- Lagu ‘My Motherland’ Disusun Khas untuk Sambut Xi di Brazil
- China, Brazil Ikrar Majukan Kerjasama 'BRICS Raya'
- Presiden Brazil Lawat China Bermula Sabtu
- Presiden Xi Adakan Rundingan dengan Presiden Brazil
- Peng Liyuan dan Wanita Pertama Brazil Lawat NCPA
- Pusat Penyelidikan Kerjasama China-Brazil Dibuka di Rio de Janeiro
- Wang Yi Adakan Perbualan Telefon Bersama Penasihat Kanan Khas Presiden Brazil
- Xi, Lula Adakan Perbualan Telefon, Tekad Perkukuh Kerjasama BRICS dan Selatan Global




