Dua Fasa Pertama Canton Fair ke-139 Tarik 245,000 Pembeli Asing

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 28 April 2026

Seorang pembeli (kanan) melihat pameran pada edisi ke-139 Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) di Guangzhou, provinsi Guangdong, selatan China, 23 April 2026. (Xinhua/Deng Hua)

Seorang pembeli (kanan) melihat pameran pada edisi ke-139 Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) di Guangzhou, provinsi Guangdong, selatan China, 23 April 2026. (Xinhua/Deng Hua)

Dua fasa pertama edisi ke-139 Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) telah menarik 245,000 pembeli asing dari 219 negara dan wilayah setakat petang Isnin. Maklum Pusat Perdagangan Luar China, ini merupakan kenaikan sebanyak 2.2 peratus daripada tempoh sama edisi sebelumnya.

Sejumlah 140 pertubuhan perindustrian dan komersial dari seberang laut telah hadir. Sebanyak 144 syarikat unggul lain dari AS, Mexico, Britain, Jerman, Jepun dan lain-lain turut mengambil bahagian, meningkat 4.9 peratus berbanding dahulu.

Pameran tahun ini diadakan dalam tiga fasa luar talian di Guangzhou, provinsi Guangdong, selatan China, dan akan berlangsung hingga 5 Mei.

Fasa kedua yang diadakan pada 23 hingga 27 April, memfokuskan “kehidupan berkualiti di rumah”, merangkumi bahan binaan, perabot, produk rumah, hadiah dan hiasan. Fasa ketiga yang dijadualkan pada 1 hingga 5 Mei pula akan menumpu kepada permainan, produk ibu dan anak, tekstil rumah, alat tulis, serta barangan kesihatan dan rekreasi.

Diadakan sejak 1957, Canton Fair dianjurkan dua kali setahun di Guangzhou. Ia merupakan pameran perdagangan antarabangsa komprehensif yang paling lama di China, dan dianggap barometer bagi sektor perdagangan luar China.

Video

Berita Berkaitan