Canton Fair Catat Rekod Baharu Pembeli Asing

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 20 April 2026

Pembeli asing membelek sebuah pembersih hampagas pada edisi ke-139 Pameran Import dan Eksport China di Guangzhou, provinsi Guangdong, selatan China, 15 April 2026. (Xinhua/Lu Hanxin)

Pembeli asing membelek sebuah pembersih hampagas pada edisi ke-139 Pameran Import dan Eksport China di Guangzhou, provinsi Guangdong, selatan China, 15 April 2026. (Xinhua/Lu Hanxin)

Fasa pertama edisi ke-139 Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) melabuhkan tirai pada Ahad dengan bilangan pembeli asing paling banyak dalam sejarahnya, menurut pihak penganjur.

Berdasarkan angka Pusat Perdagangan Asing China, setakat pukul 5 petang Ahad, sekitar 167,000 pembeli dari 216 negara dan wilayah telah menghadiri pameran secara luar talian, iaitu naik 5.9 peratus berbanding tempoh yang sama pada edisi sebelumnya.

Jumlah hadirin kali ini, yang paling tinggi bagi mana-mana fasa pertama pameran tersebut, menyerlahkan daya tahan dan kedinamikan perdagangan luar China. Di bawah tema “mendorong pembuatan”, fasa pertama ini mengetengahkan lebih daripada 25,000 reruai dengan lebih 12,000 pempamer.

Pameran tahun ini diadakan dalam tiga fasa luar talian di Guangzhou, provinsi Guangdong, selatan China, dan akan berlangsung hingga 5 Mei. Fasa kedua dijadualkan pada 23 hingga 27 April, memfokuskan “kehidupan berkualiti di rumah”, yang merangkumi bahan binaan, perabot, produk rumah, hadiah dan hiasan.

Diadakan sejak 1957, Canton Fair dianjurkan dua kali setahun di Guangzhou. Ia merupakan pameran perdagangan antarabangsa komprehensif yang paling lama di China, dan dianggap barometer bagi sektor perdagangan luar China.

Video

Berita Berkaitan