- Lain-lain
Fasa Pertama Canton Fair ke-138 Tumpu Pembuatan Termaju
Fasa pertama Pameran Import dan Eksport China atau 'Canton Fair' edisi ke-138 berlangsung di Guangzhou, provinsi Guangdong bermula 15 hingga 19 Oktober dengan memberi tumpuan kepada sektor pembuatan termaju.
Fasa pertama pameran itu disertai 12,000 syarikat pempamer, termasuk lebih 4,000 pempamer melibatkan sektor kenderaan tenaga baharu (NEV), pembuatan pintar, tenaga baharu, robot perkhidmatan, bahan baharu dan sebagainya.
Pameran berkenaan menarik kehadiran lebih 157,000 pembeli asing dari 222 negara dan wilayah, meningkat 6.3 peratus berbanding edisi sebelumnya.
Antaranya, pembeli dari negara Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) serta negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) menyaksikan peningkatan ketara.
Rata-rata pembeli asing berkata rantaian perindustrian dan bekalan China tidak dapat diganti kerana ia menyuntik unsur kestabilan kepada ekonomi dan perdagangan global.
Untuk fasa kedua yang dijadual berlangsung dari 23 hingga 27 Oktober, sebanyak 25,000 gerai pameran akan disediakan kepada lebih 10,000 pempamer untuk mempertontonkan pelbagai alatan isi rumah.
- Pembukaan Canton Fair Edisi ke-138 Perbaharui Rekod Penyertaan Pempamer, Pembeli
- Canton Fair Edisi ke-138 Buka Tirai
- Jumlah Penyertaan Syarikat pada Canton Fair ke-138 Catat Rekod Baharu
- Canton Fair ke-137 Labuh Tirai, Jumlah Pembeli Luar Negara Perbaharui Rekod
- Canton Fair ke-137 Labuh Tirai
- Pembeli Asing Cecah Lebih 190,000 Orang di Canton Fair Ke-137
- Canton Fair: Fasa Pertama Berakhir, Jumlah Pempamer Baharui Rekod
- Canton Fair: Pembeli Asing Meningkat 10 Peratus
- ‘Canton Fair’ Bermula Cemerlang, Angka Pempamer Eksport Perbaharui Rekod
- Canton Fair ke-137 Buka Tirai




