Canton Fair Ke-138 Melabuhkan Tirai, Pembeli Asing Cecah 310 Ribu

(CRI)Rabu 05 November 2025

Pameran Import dan Eksport China atau "Canton Fair" edisi ke-138 secara rasmi melabuhkan tirai di bandar Guangzhou pada Selasa.

Pameran kali ini telah menarik kehadiran lebih 310 ribu orang pembeli asing dari 223 buah negara dan wilayah, mencatat peningkatan 7.5 peratus berbanding edisi sebelumnya sekali gus mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah penganjurannya.

Jumlah urus niaga eksport secara langsung di ruang pameran juga mencecah USD25.65 bilion (RM107.55 bilion).

Menurut data yang dikongsikan penganjur, Canton Fair pada kali ini menyaksikan peningkatan ketara melibatkan pembeli dari Kesatuan Eropah (EU), Timur Tengah, Amerika Syarikat (AS) dan Brazil.

Dalam pada itu, jumlah pembeli dari negara terlibat dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) telah mencapai 214 ribu orang iaitu meningkat 9.4 peratus.

Sepanjang pameran berlangsung, sebanyak 632 acara pelancaran produk baharu telah diadakan sempena Canton Fair tahun ini.

Produk baharu, produk hijau dan produk dengan hak harta intelek sendiri masing-masing menyumbang lebih 20 peratus daripada 4.6 juta barangan dalam pameran kali ini.

Video

Berita Berkaitan