- Lain-lain
Pembukaan Canton Fair Edisi ke-138 Perbaharui Rekod Penyertaan Pempamer, Pembeli
![]() |
Foto bertarikh 15 Oktober ini memperlihat suasana semasa berlangsungnya Canton Fair ke-138 di Guangzhou, Provinsi Guangdong, selatan China. (Xinhua/Deng Hua) |
Pameran Import dan Eksport China atau lebih dikenali sebagai ‘Canton Fair’ edisi yang ke-138 telah membuka tirainya pada Rabu, dengan jumlah pempamer telah melangkaui angka 32,000, sekali gus mencatatkan rekod tertinggi yang baharu.
Dijadualkan untuk berlangsung sehingga 4 November di Guangzhou iaitu bandar metropolis di Provinsi Guangdong, selatan China, edisi kali ini turut sama menarik pengunjung dengan jumlah rekod tertinggi yang baharu.
Memetik agensi berita Xinhua, setakat Isnin, lebih daripada 240,000 pembeli daripada 218 pasaran eksport telah melakukan pra-pendaftaran, secara tidak langsung mencerminkan kenaikan 10 peratus berbanding edisi terdahulu.
Difahamkan, angka pembeli dari Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan telah meningkat dengan signifikan, manakala lebih daripada 400 syarikat pembeli terkemuka dijadualkan untuk hadir ke pameran tersebut.
Menurut tinjauan yang dilaksanakan menjelang berlangsungnya pameran itu, lebih daripada 1 juta produk baharu telah dibangunkan dalam tempoh setahun yang lalu, dan akan dipamerkan pada edisi kali ini. Pada masa sama, sekitar 800,000 barangan akan membuat kemunculan sulung di pameran itu.
Buat julung-julung kalinya juga, Canton Fair akan menampilkan zon perubatan pintar yang telah menarik 47 syarikat untuk mempamerkan produk seperti robot pembedahan, sistem pengawasan pintar dan peranti boleh pakai. Ia akan terus menampilkan zon robot perkhidmatan, yang telah menarik 46 pemain industri terkemuka untuk memaparkan robot humanoid, anjing robot dan inovasi lain masing-masing.
![]() |
Seorang pempamer sedang berkomunikasi dengan pembeli dari negara luar pada 15 Oktober di Guangzhou, Provinsi Guangdong. (Xinhua/Xiao Ennan) |
![]() |
Seorang pembeli sedang mencuba kerusi ergonomik pada 15 Oktober di Guangzhou, Provinsi Guangdong. (Xinhua/Xiao Ennan) |
![]() |
Para pembeli sedang mengunjungi reruai mesin pemotong laser pada 15 Oktober di Guangzhou, Provinsi Guangdong. (Xinhua/Deng Hua) |
![]() |
Seorang pembeli sedang berkomunikasi dengan pempamer pada 15 Oktober di Guangzhou, Provinsi Guangdong. (Xinhua/Lu Hanxin) |
- Canton Fair Edisi ke-138 Buka Tirai
- Jumlah Penyertaan Syarikat pada Canton Fair ke-138 Catat Rekod Baharu
- Canton Fair ke-137 Labuh Tirai, Jumlah Pembeli Luar Negara Perbaharui Rekod
- Canton Fair ke-137 Labuh Tirai
- Pembeli Asing Cecah Lebih 190,000 Orang di Canton Fair Ke-137
- Canton Fair: Fasa Pertama Berakhir, Jumlah Pempamer Baharui Rekod
- Canton Fair: Pembeli Asing Meningkat 10 Peratus
- ‘Canton Fair’ Bermula Cemerlang, Angka Pempamer Eksport Perbaharui Rekod
- Canton Fair ke-137 Buka Tirai
- Canton Fair ke-136 Tarik Penyertaan Lebih 30,000 Pempamer