Xi Ucapkan Tahniah kepada Forum Pembangunan Hijau dan Lestari SCO

(CRI)Rabu 29 April 2026

Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Forum Pembangunan Hijau dan Lestari Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang dibuka di bandar Ningbo, provinsi Zhejiang pada Rabu.

Xi dalam perutusan tahniahnya berkata China menjunjung konsep “air yang jernih dan gunung yang hijau ibarat gunung emas dan perak”, serta komited untuk meneruskan laluan pembangunan hijau yang mengutamakan ekologi.

Beliau berkata China adalah peserta, penyumbang dan peneraju dalam usaha pembinaan tamadun ekologi dunia.

Xi menekankan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-25 SCO dan juga tahun pertama bagi China melaksanakan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 Pembangunan Ekonomi dan Sosial.

Ujarnya China bersedia bersama dengan pelbagai pihak menyemarakkan “Semangat Shanghai”, meningkatkan penyelarasan dasar, pertukaran pengalaman dan kerjasama projek di samping mendorong sistem tabir urus alam sekitar sejagat untuk sinergi membangunkan dunia yang bersih, indah dan lestari.

Video

Berita Berkaitan