- Lain-lain
Lapan Pencapaian Utama Sidang Kemuncak SCO Tianjin
![]() |
Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 di Tianjin berjaya mencatat lapan hasil penting bagi mengukuhkan kerjasama serantau dan membentuk hala tuju masa depan organisasi tersebut.
Hasil tersebut dibentangkan Menteri Luar China, Wang Yi yang juga merupakan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dalam sidang media bersama Setiausaha Agung SCO Nurlan Yermekbayev pada Isnin.
Berikut merupakan kelapan-lapan hasil yang dicapai pada sidang kemuncak tersebut:
Pertama: Menetapkan strategi pembangunan SCO dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Kedua: SCO menyuarakan pendirian tegas dalam mempertahankan sejarah dan kemenangan Perang Dunia ke-2 serta menyokong prinsip Piagam PBB.
Ketiga: Sokongan kepada sistem perdagangan pelbagai hala.
Keempat: Penubuhan Pusat Menangani Ancaman Keselamatan dan Cabaran Keselamatan Komprehensif, Pusat Keselamatan Siber, Pusat Memerangi Jenayah Terancang Rentas Sempadan dan Pusat Anti Dadah.
Kelima: Keputusan untuk menubuhkan Bank Pembangunan SCO.
Keenam: Membina enam platform kerjasama pragmatik.
Presiden Xi Jinping mengumumkan bahawa pihaknya akan membina tiga platform kerjasama SCO yang melibatkan sumber tenaga, industri hijau dan ekonomi digital serta tiga pusat kerjasama iaitu inovasi sains dan teknologi, pengajian tinggi dan pendidikan teknologi vokasional.
Ketujuh: Menetapkan enam pelan tindakan pembangunan bermutu tinggi.
Kelapan: Penerimaan ahli baharu dan pembaharuan organisasi.
Sidang kali ini memutuskan untuk menerima Laos sebagai anggota baharu SCO dan menjadikan jumlah anggota SCO kepada 27.
Tales of Cities | Bunga Api, Ketukangan, Transformasi Pintar Tianjin
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
- Jaringan Logistik SCO Pendekkan Tempoh Penghantaran Produk Segar China-Rusia Kepada Tujuh Hari
- Peranan SCO Penting dalam Wujudkan Dunia Multipolar: Guterres
- Pemimpin Negara Anggota SCO Keluarkan Deklarasi Tianjin
- Pertukaran Antara Rakyat dan Budaya di SCO Liputi Lebih Banyak Bidang
- Malaysia Sedia Perkukuh Dialog dan Kerjasama ASEAN-SCO
- SCO Galas Tanggungjawab Lebih Besar dalam Jaga Keamanan: Xi
- Xi Pengerusikan Mesyuarat Pemimpin SCO ke-25, Tekankan Kerjasama Keselamatan dan Ekonomi
- PM Malaysia Tiba di Tianjin
- Xi dan Isteri Anjur Jamuan Rai Tetamu Kehormat SCO
- Xi Terima Kunjungan Perdana Menteri Vietnam