Transformasi Digital Lonjak Industri Ketam di Gaochun

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 23 Oktober 2025

Foto memperlihatkan ketam Tasik Gucheng dengan tag yang boleh dikesan. (People’s Daily Online/Wang Dandan)

Foto memperlihatkan ketam Tasik Gucheng dengan tag yang boleh dikesan. (People’s Daily Online/Wang Dandan)

Seawal pukul 5 pagi di Tasik Gucheng yang terletak di daerah Gaochun, Nanjing, Provinsi Gansu di timur China, Wu Guoming yang merupakan seorang penternak ketam berusia 58 tahun sudah berdiri di bahagian hadapan bot miliknya dan mula melemparkan pukat.

Tidak jauh dari situ, terdapat seorang lagi pekerja yang memperlihatkan kecekapan dalam mencedok ketam, membalut setiap ketam dua kali dengan straw, dan melekatkan tag kebolehkesanan pada kakinya, yang membolehkan setiap ketam mempunyai ‘kad pengenalan’ digital masing-masing.

Difahamkan, tag tersebut berfungsi sebagai komponen utama sistem pensijilan kualiti ‘integrasi tiga kod’ ketam Tasik Gucheng.

Menurut Lyu Hong, pengarah pejabat pengurusan jenama Tasik Gucheng, sistem itu terdiri daripada tiga elemen iaitu kod asal yang mengenal pasti kolam pembiakan, tag kebolehkesanan yang menjejaki pertumbuhan ketam dan kod edaran yang merekodkan maklumat logistik.

“Pengguna boleh mengimbas kod QR pada bahagian luar bungkusan dan kemudian pada tag ketam untuk mengesahkan jenama Tasik Gucheng dan mengakses rekod penuhnya,” jelas Lyu semasa melakukan demonstrasi.

Selepas mengimbas, telefonnya serta-merta memaparkan nama penternak ketam, rakaman kolam masa nyata, log makan, laporan pemeriksaan dan pengesanan logistik. Jenama itu telah mengeluarkan lebih daripada 400 kebenaran sepanjang tiga tahun berturut-turut, mencapai jumlah sebanyak 425 tahun ini.

Foto menunjukkan hasil yang dipaparkan pada telefon selepas mengimbas kod QR daripada sistem pensijilan kualiti ‘integrasi tiga kod’ ketam Tasik Gucheng. (People’s Daily Online/Wang Dandan)

Foto menunjukkan hasil yang dipaparkan pada telefon selepas mengimbas kod QR daripada sistem pensijilan kualiti ‘integrasi tiga kod’ ketam Tasik Gucheng. (People’s Daily Online/Wang Dandan)

Pada lima tahun lalu, Gaochun menerajui dalam mewujudkan kebenaran jenama dan piawaian ujian untuk industri ketam, sekali gus mencipta sistem ‘penyatuan tiga kod’ melalui transformasi digital.

Laporan penyelidikan 2023 mengenai indeks pembangunan jenama awam serantau China untuk ketam sungai meletakkan ketam Tasik Gucheng sebagai tempat pertama di seluruh negara dalam pendigitalan antara 48 kawasan pengeluar ketam.

Transformasi digital Gaochun melangkaui kebolehkesanan akhir jualan.

Di pangkalan pembiakan Syarikat Jiangsu Huahai Seed Industry Technology pengerusinya iaitu Qiang Faqi aktif memantau skrin besar yang menunjukkan data masa nyata daripada 66 kolam, memastikan oksigen terlarut berada pada paras 6.1, suhu air pada 27.3 darjah Celsius dan pH pada paras 7.8.

“Sistem Internet Kebendaan (IoT) ini secara automatik memantau perubahan dalam kualiti air. Apabila paras oksigen menurun, pengudaraan dimulakan secara automatik,” kata Qiang.

Menerusi kerjasama dengan Universiti Pertanian Nanjing dan selepas lebih sedekad melakukan pembiakan terpilih, syarikat itu berjaya membangunkan varieti ketam ‘Jinnong No. 1’ pada 2023.

Sejak itu, ia telah membina pangkalan data germplasma yang komprehensif. Menurut Qiang, pembiakan tradisional bergantung pada pengalaman seseorang, manakala pembiakan moden pula dipacu oleh data.

Untuk rekod, varieti ‘Jinnong No. 1’ mempunyai kecekapan memberi makan sebanyak 13 peratus lebih tinggi dan membesar sekitar 12.5 peratus lebih pantas berbanding ketam biasa, sekali gus membuktikan secara jelas terhadap kekuatan pembiakan digital.

Di kolam milik salah satu kerjasama akuatik, batu bata poros di bawah air membolehkan setiap ketam mempunyai ruang sendiri. Digabungkan dengan bot pemberi makanan pintar dan kapal pengawasan autonomi, jumlah hasil telah mencapai sehingga 260 kilogram untuk setiap mu (atau 667 meter persegi), iaitu dua kali ganding berbanding penternakan tradisional.

Koperasi itu turut memperluaskan hasil digital tersebut kepada petani-petani di kawasan yang berjiran. Sejumlah 3,218 isi rumah telah menyertai sebagai ahli, dengan kolam pembiakan meliputi 136,800 mu, memberikan manfaat buat lebih 100,000 penternak.

Dengan terdapatnya stok pembiakan ketam yang terpiawai, teknik yang bersepadu, dan saluran jualan yang terlaras, penternak ketam tradisional kini sedang mempercepat ke arah transformasi digital.

Foto memaparkan skrin platform untuk rantai industri ketam sungai di daerah Gaochun, Nanjing, Provinsi Jiangsu. (People’s Daily Online/Wang Dandan)

Foto memaparkan skrin platform untuk rantai industri ketam sungai di daerah Gaochun, Nanjing, Provinsi Jiangsu. (People’s Daily Online/Wang Dandan)

Pendigitalan juga mengubah landskap perdagangan ketam di Pasar Ketam Tasik Gucheng di Nanjing.

Sebagai hab perdagangan ketam terbesar di kawasan Delta Sungai Yangtze, pasaran tersebut mewakili pelaburan sebanyak RMB1.5 bilion (AS$211 juta) dan berkeluasan sehingga 184,000 meter persegi.

Ia menempatkan sistem rantaian bekalan digital pertama di China untuk ketam sungai. Semasa musim dagangan tahun lepas, pasaran tersebut mengendalikan 11.65 juta kilogram ketam, dengan transaksi melebihi RMB2 bilion.

Pada 2024, hasil ketam tahunan Gaochun mencecah 17,900 tan, dengan nilai keluaran melebihi RMB3.05 bilion, dan rantaian industri penuh menjana jumlah keluaran sebanyak RMB10.9 bilion.

Xing Wenxiang, pengarah stesen promosi teknologi akuakultur Gaochun berkata bahawa, dengan memanfaatkan pemantauan masa nyata dan pengurusan saintifik melalui sistem penternakan pintar, pengeluaran ketam Tasik Gucheng dijangka akan melangkaui angka 20,000 tan untuk kali pertama tahun ini.

Video

Berita Berkaitan