- Lain-lain
China Berusaha Rapatkan Jurang Perbezaan Utara-Selatan Sektor Digital - CIDCA
China akan mempergiatkan penjenamaan "Selatan Digital" dalam tempoh lima tahun akan datang bagi membantu merapatkan jurang perbezaan antara Selatan dan Utara dalam sektor digital melalui pelaksanaan projek pacuan teknologi digital yang direka bentuk bersama dengan negara-negara rakan kongsi, sekali gus membantu negara-negara membangun meningkatkan kecekapan dalam memanfaatkan pencapaian sains dan aplikasi teknologi.
Ini bertepatan dengan manifesto yang terkandung dalam Inisiatif Pembangunan Global.
Demikian kata jurucakap Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA) Li Ming dalam sidang media yang diadakan di Beijing pada Selasa.
Li berkata, China akan berunding dengan pelbagai negara rakan kongsi untuk menentukan bidang utama dan hala tuju kerjasama, memperkukuh keupayaan mereka dalam menyokong infrastruktur digital, serta berdasarkan penggunaan teknologi digital memperkasakan penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan, peningkatan hasil pertanian, pendidikan awam dan amaran bencana supaya dapat membantu negara-negara Global Selatan meningkatkan kerelevenan dalam landskap pembangunan digital global secara mantap.
Pada masa ini, CIDCA telah menubuhkan "Dana Khas Pembangunan Kapasiti Digital" di bawah kerangka Dana Pembangunan Global, dan akan melaksanakan 200 program latihan dalam bidang ekonomi digital dan kecerdasan buatan di negara-negara Global Selatan bagi tempoh lima tahun akan datang.
- Pengguna Digital China Cecah 958 Juta Orang
- Ekonomi Digital China Buka Peluang Baharu Buat Syarikat Pemula
- Sambungan IoT di China Dijangka Lepasi 3.5 Bilion
- Transformasi Digital Lonjak Industri Ketam di Gaochun
- Ekspo Perdagangan Digital Global ke-4 Bakal Berlangsung di Hangzhou
- Jumlah Pengguna Internet di China Cecah 1.12 Bilion
- Taman Bunga Bertaraf UNESCO di Suzhou Dakapi Transformasi Digital
- China Umum Pelan Untuk Galak Kemahiran, Celik Digital 2025
- Sektor Pembuatan Maklumat Elektronik China Catat Pertumbuhan Pesat Pada 2024
- Ekonomi Digital China Bertunjangkan 4.57 Juta Perusahaan Industri Teras




