China, AS Adakan Dialog Video Melibatkan Perdagangan

(CRI)Jumaat 01 Mei 2026

Ketua perunding China bagi isu ekonomi dan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), iaitu Naib Perdana Menteri He Lifeng telah mengadakan dialog video dengan ketua perunding AS yang juga Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent dan Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer.

Kedua-dua pihak telah membincangkan pelaksanaan konsensus yang dicapai pemimpin tertinggi kedua-dua negara dalam Pertemuan Pusan dan dalam beberapa perbualan telefon sebelum ini, di samping mengadakan pertukaran yang ikhlas, mendalam dan membina dalam menangani masalah ekonomi dan perdagangan yang menjadi perhatian bersama serta meneroka kerjasama dalam bidang yang substantif.

Dalam pada itu, China telah menyatakan keprihatinan terhadap langkah-langkah sekatan ekonomi dan perdagangan yang dikenakan oleh AS terhadap China baru-baru ini. Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus memanfaatkan mekanisme rundingan ekonomi dan perdagangan China-AS, terus menebus persamaan, berhemah ketika menangani perselisihan, memperkukuh kerjasama sehingga mendorong pembangunan hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS yang sihat, stabil dan mampan.

Video

Berita Berkaitan