EU akan Ambil Tindakan Balas Sekiranya AS Naikkan Tarif - Menteri Kewangan Jerman

(CRI)Selasa 05 Mei 2026

Naib Canselor merangkap Menteri Kewangan Jerman Lars Klingbeil pada Isnin menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donold Trump supaya melaksanakan perjanjian tarif yang dicapai antara AS dengan Kesatuan Eropah (EU) pada musim panas tahun lalu.

Klingbeil menegaskan bahawa sekiranya pemerintah Trump menaikkan tarif import automobil dari EU daripada 15 peratus kepada 25 peratus, maka EU akan mengambil tindakan balas yang setimpal.

"EU mematuhi komitmen, dan pihak AS diharap juga berbuat demikian.

"Menaikkan tarif akan menjejaskan kepentingan perusahaan dan pekerjaan di kedua-dua pihak," kata Klingbeil.

Beliau menjelaskan bahawa negara-negara EU mempunyai pendirian tegas dalam hal ini. Mereka tidak mahu melihat situasi menjadi meruncing, namun pada masa sama bersiap sedia untuk menanganinya.

Video

Berita Berkaitan