China akan Jalankan Siasatan Perdagangan Timbal Balas terhadap AS

(CRI)Isnin 30 Mac 2026

Kementerian Perdagangan China melancarkan dua siasatan terhadap amalan dan langkah Amerika Syarikat(AS) yang menjejaskan rantaian bekalan global dan menghalang perdagangan produk mesra alam pada Jumaat.

Ini adalah tindak balas kepada dua siasatan yang dilancarkan AS terhadap 16 organisasi ekonomi dari China di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 dengan alasan "lebihan kapasiti pengeluaran" pada 12 Mac, dan siasatan terhadap 60 organisasi ekonomi China di bawah Seksyen 301dengan alasan "tidak melarang secara efektif import produk hasil kerja paksa" pada 13 Mac.

Menurut jurucakap Kementerian Perdagangan China, pihaknya melancarkan dua siasatan tersebut adalah untuk mempertahankan kepentingan industri berkaitan di China.

Langkah seterusnya, Kementerian Perdagangan China akan meneruskan siasatan terhadap halangan perdagangan oleh AS mengikut Undang-undang Perdagangan Luar Negara dan Peraturan Siasatan Halangan Perdagangan Luar China, serta mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan untuk mempertahankan hak dan kepentingan sah negara ini.

Video

Berita Berkaitan