Pemahaman Prestasi Tadbir Urus Ala China: Cetusan Idea Baharu kepada Tadbir Urus Global

(CRI)Rabu 06 Mei 2026

Kampung Shibadong di provinsi Hunan mengalami masalah kemiskinan tegar pada 2013.

Pada tahun sama, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping melakukan tinjauan ke kampung itu dan buat pertama kali mengetengahkan konsep 'pembasmian kemiskinan secara bersasar'.

Lebih sedekad kemudian, pendapatan per kapita penduduk Shibadong meningkat sepuluh kali ganda sehingga mencecah 20,000 yuan (RM11,592.7).

Perubahan drastik yang berlaku di kampung berpenduduk etnik Miao itu bukan hanya sekadar kejayaan dalam mengurangkan kemiskinan, malah praktik pemahaman mengenai prestasi tadbir urus ala China.

Pencapaian dilakar di kampung Shibadong bukanlah jasa dan sumbangan seseorang pentadbir semasa penggal perkhidmatannya, sebalik hasil daripada usaha berterusan yang didedikasikan oleh ramai pegawai tempatan.

Pembasmian kemiskinan secara bersasar menjadi resipi kejayaan kampung Shibadong. Setelah mengenal pasti punca kemiskinan bagi setiap isi rumah dan setiap individu, barulah kerajaan tempatan menawarkan skim bantuan mengikut keperluan.

Akhirnya kampung itu berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan tanpa seorang pun ditinggalkan.

Kisah mengenai kampung Shibadong di China kedengaran biasa, namun ia memperlihatkan satu kemungkinan iaitu apabila pihak pentadbir mempunyai kesabaran dan kecekalan serta berpegang pada garis dasar 'tiada seorang pun yang ditinggalkan', banyak masalah yang nampaknya tiada jalan keluar akan menemui hala tuju penyelesaian.

Video

Berita Berkaitan