Keprihatinan Negara Membangun Diseru Ditimbangkan dalam Pembaharuan PBB

(CRI)Selasa 07 April 2026

China menyokong kenyataan yang disampaikan oleh wakil Uruguay bagi "Kumpulan 77 dan China" serta menantikan pembaharuan yang dilakukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan mengambil kira keprihatinan negara membangun.

Demikian dinyatakan Naib Wakil Tetap China di PBB, Sun Lei pada sesi maklumat "Inisiatif Pemaharuan Ulang Tahun Ke-80 PBB" (UN80) di Perhimpunan Agung PBB pada Isnin.

Perkara berkenaan turut merangkumi usaha menghimpunkan konsensus negara anggota secara berkesan, mencerminkan kehendak bersama semua negara anggota, serta memastikan hasil pembaharuan itu mampu bertahan dalam apa jua keadaan.

Menurut Sun, China berharap semua negara anggota dan sekretariat dapat mengekalkan pembaharuan, menumpu kepada pendekatan berasaskan tindakan serta melaksanakan pencapaian yang sedia ada, di samping memajukan pembaharuan itu dengan cara yang inklusif dan telus.

Video

Berita Berkaitan