- Lain-lain
China Komited Tambah Baik Tadbir Urus Global, Dorong Kemajuan Hak Asasi Manusia

China bersedia bekerjasama dengan semua negara di dunia untuk menambah baik tadbir urus hak asasi manusia dan mendorong kemajuan hak asasi manusia di peringkat global.
Menteri Luar China Wang Yi berkata demikian ketika berucap di mesyuarat peringkat tinggi sesi ke-61 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) secara dalam talian, pada Isnin.
Beliau berkata Presiden China Xi Jinping telah mengemukakan Inisiatif Tadbir Urus Global yang menyumbang kebijaksanaan China kepada tadbir urus hak asasi manusia antarabangsa dan mendapat sokongan lebih 150 negara serta organisasi antarabangsa.
Wang mengesyorkan agar semua negara bersama-sama mempromosikan pembinaan sistem tadbir urus hak asasi manusia global yang adil, munasabah dan inklusif.
Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan untuk mematuhi undang-undang antarabangsa, tidak mencampuri urusan dalaman negara lain serta mengamalkan multilateralisme. Wang turut menyeru penentangan terhadap kolonialisme dan diskriminasi ras, serta menangani isu-isu baharu seperti kecerdasan buatan, perubahan iklim dan hak asasi manusia secara bijaksana.
Memandangkan 2026 merupakan tahun pertama pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Ke-15 China, Wang menyatakan kesediaan China untuk bekerjasama dengan semua negara di dunia untuk mempromosikan nilai bersama seluruh insan serta membina komuniti berkongsi nasib sesama insan agar kemajuan tamadun hak asasi manusia dapat memberi lebih banyak manfaat kepada dunia.
Ekonomi “Hangat” di Tanah Hitam Berais dan Salji
Tales of Cities | Chaoshan, Bunga Segar Bangkitkan Deria, Gendang Bangkitkan Jiwa
“Semangat Olimpik Perkasakan Diri Supaya Lebih Berani, Kuat, Tenang”
Mengukir Musim Sejuk: Artis Ais, Salji di “Kota Ais” China
Kanvas Musim Sejuk Menderap Masuk Tahun Kuda
- China Komited Tingkatkan Penglibatan dalam Tadbir Urus Hak Asasi Manusia Sejagat
- Sesi ke-60 Majlis Hak Asasi PBB Bermula di Geneva
- AS Tolak Sertai Penilaian Berkala Sejagat PBB Mengenai Hak Asasi Manusia
- China Siar Laporan mengenai Pencabulan Hak Asasi di AS
- Memajukan Hak Asasi Manusia Menersui Pembangunan: Kepentingan Global Amalan China
- China Ulangi Sokongan Teguh Terhadap Perjuangan Rakyat Palestin
- China Seru Dialog dan Kerjasama bagi Pembangunan Hak Asasi Manusia Antarabangsa
- China Terbitkan Laporan Pembangunan Hak Asasi Manusia 2024
- Manipulasi Politik Segelintir Kuasa Pasti Gagal: Wang Yi
- China Keluarkan Laporan Pencabulan Hak Asasi Manusia di AS 2023