- Lain-lain
China Seru Perbaiki Tadbir Urus dalam Bidang Hak Asasi Manusia Global

Hendaklah mengubahsuai dan memperbaiki tadbir urus dalam bidang hak asasi manusia di peringkat global, malah terus memajukan pembangunan terbabit demi perkembangan yang sihat.
Demikian dinyatakan Wakil China pada Mesyuarat ke-61 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang diadakan di Geneva baru-baru ini.
Dalam perdebatan umum mengenai isu hak asasi manusia, China menyeru semua pihak mengambil peluang sempena ulang tahun ke-20 UNHRC, untuk memberi sumbangan dalam bidang yang substantif yang berkaitan dengan pembangunan hak asasi manusia.

Sementara itu, Misi Tetap China di Geneva menganjurkan satu sesi dialog yang bertajuk "Hak Mengakses Milik Setiap Insan", yang bertujuan memajukan pelaksanaan resolusi bertema "tanpa halangan" yang pertama dalam sejarah PBB yang dicadangkan oleh satu kumpulan yang diterauji China, serta menambahbaik tadbir urus dalam bidang hak asasi manusia di peringkat global.
Dalam pada itu, Wakil China dalam mesyuarat itu atas nama 63 negara telah menyampaikan ucapan bersama, menjelaskan tafsiran yang terkandung dalam Inisiatif Tadbir Urus Global berhubung pembangunan hak asasi manusia, dan menyeru semua pihak bersama-sama membina sistem tadbir urus yang adil, saksama dan menang-menang dalam bidang hak asasi manusia di peringkat global.
- China Alu-alu Lebih Banyak Negara Sertai GFGG
- China Komited Tambah Baik Tadbir Urus Global, Dorong Kemajuan Hak Asasi Manusia
- Kumpulan Rakan Komited Bersinergi Gerakkan Inisiatif UN80
- Tianjuan CGTN: Keberkesanan Tadbir Urus China Dihargai Tinggi Responden Sejagat
- Forum Lanting Bakal Diadakan, Fokuskan kepada Penambahbaikan Tadbir Urus Global
- Perlu Pelihara Status PBB, Perkukuh Tadbir Urus Global - MFA
- Setiausaha Agung PBB Puji Inisiatif Global China, Selaras Piagam PBB
- GGI Bantu Tambah Baik Sistem Tadbir Urus Global




