Canton Fair ke-139 Labuh Tirai

(CRI)Khamis 07 Mei 2026

Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) edisi ke-139 melabuhkan tirainya pada Selasa.

Acara itu menarik penyertaan 314,000 pembeli dari 220 negara dan wilayah, sekali gus menyaksikan dagangan eksport dalam bentuk surat hasrat bernilai USD25.7 bilion berjaya dicapai.

Sebanyak 4.65 juta produk ditampilkan sepanjang pameranberkenaan, dengan lebih 20 peratus daripadanya merupakan produk inovatif, mesra alam dan pintar.

Canton Fair edisi ke-140 dijadual berlangsung di Guangzhou pada 15 Oktober hingga 4 November sempena sambutan ulang tahun ke-70 acara tersebut.

Video

Berita Berkaitan