- Lain-lain
Penggunaan Perkhidmatan Jadi Titik Pertumbuhan Baharu Semasa Cuti Hari Pekerja 2026

Cuti umum sempena Hari Pekerja 2026 selama lima hari bermula 1 Mei lalu menyaksikan perjalanan rentas wilayah di seluruh Chinamerekodkan sebanyak lebih 1.51 bilion, meningkat 3.49 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu, sekali gus mencatat rekod tertinggi dalam sejarah.
Dalam tempoh yang sama juga, pendapatan industri berkaitan penggunaan di seluruh China turut meningkat sebanyak 14.3 peratus, didorong antaranya membabitkan permintaan terhadap perkhidmatan yang semakin meningkat.
Selain itu, pendapatan perkhidmatan pelancongan dan hiburan meningkat sebanyak 21.2 peratus, manakala hasil jualan berkaitan perkhidmatan isi rumah pula naik 14.2 peratus.
Peningkatan baharu dalam penggunaan perkhidmatan ini menunjukkan potensi pasaran berskala besar di negara China.

"Perkhidmatan China" bukan sahaja memacu pasaran penggunaan domestik, malah turut merangsang penggunaan di peringkat global.
Kini, China telah melaksanakan dasar pengecualian visa kepada 50 buah negara, dengan lebih 8,000 kedai menyediakan perkhidmatan "cukai bayar balik serta-merta".
Pelancong asing yang berkunjung ke China juga kini tidak sekadar mengambil foto atau melawat lokasi-lokasi terkemuka, sebaliknya turut menghayati budaya penduduk tempatan dan menikmati pengalaman teknologi moden serta menyelami kehidupan harian masyarakat di negara "Tembok Besar" ini.
China yang terbuka, inklusif, layanan mesra dan penawaran perkhidmatan yang unggul semakin menjadi destinasi pilihan pelancong dunia.
Ketika ekonomi global masih berdepan pemulihan yang bergerak pelahan serta amalan perlindungan perdagangan dan ketidaktentuan ekonomi dunia, ekonomi percutian China pula membawa momentum yang memberangsangkan sehingga memberikan "kepastian China" kepada ekonomi dunia.
- Cuti Hari Pekerja: Taman di Beijing Jadi Tumpuan Pengunjung
- Lebih 100 Juta Perjalanan Berkereta Api pada Cuti Hari Pekerja
- Cuti Hari Pekerja, Masa Bersantai
- Xi Sampaikan Salam kepada Pekerja Seluruh Negara
- Ekonomi Marin China Catat RMB2.6 Trilion Suku Pertama 2026
- Kontena China, Pemangkin Industri Baharu
- Moody's Kekalkan Penarafan Kredit Berdaulat China pada "A1"
- Pelancongan Mula Rancak Menjelang Cuti Hari Pekerja
- Industri Desa Lekalkan Momentum Kukuh Suku Pertama
- Landskap Kesalinghubungan dan Logistik China Lengkap dan Rancak - Pemenang Hadiah Nobel Ekonomi




