Kontena China, Pemangkin Industri Baharu

Foto menunjukkan kontena pendingin keluaran Taicang CIMC Reefer Logistics Equipment di provinsi Jiangsu, timur China. (Foto/Ji Haixin)

Foto menunjukkan kontena pendingin keluaran Taicang CIMC Reefer Logistics Equipment di provinsi Jiangsu, timur China. (Foto/Ji Haixin)

China, tulang belakang industri kontena global sejak sekian lama. Pada 2024, negara ini menghasilkan lebih daripada 8.1 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU), meningkat 268.2 peratus tahun ke tahun, mewakili 96 peratus output sedunia.

Hari ini, struktur keluli ini sudah mengatasi fungsi konvensionalnya sebagai unit pengangkutan standard, malahan telah berkembang menjadi modul bandar kreatif serta prasarana penting bagi sektor-sektor tenaga boleh baharu.

Di fasiliti Dong Fang International Container's Jiangsu, deretan kontena yang baru dibuat menunggu untuk dihantar kepada pelanggan di Eropah melalui Pelabuhan Yangshan Shanghai. Walaupun dari luar mirip kontena standard, namun di dalam tersusun barisan bateri canggih yang lengkap dengan sistem keselamatan, kawalan terma dan teknologi pengurusan persekitaran – pada asasnya menjadi “bank kuasa” gergasi.

“Pembuatan kontena moden lebih daripada sekadar mengimpal peti keluli,” jelas Zhai Jianxing, pengarah teknikal syarikat itu. “Sains bahan kini perkara yang paling utama.”

Kontena penyimpan kuasa memerlukan spesifikasi yang jauh berbeza daripada unit kegunaan pengangkutan, iaitu perlunya jangka hayat 20+ tahun (berbanding jaminan 2 tahun bagi unit standard) dan memenuhi piawaian ketat untuk mencegah letupan, api dan karat.

Foto menunjukkan sebuah stesen penyimpan kuasa di kaunti Linze, Zhangye, provinsi Gansu, barat laut China. (Foto/Wang Jiang)

Foto menunjukkan sebuah stesen penyimpan kuasa di kaunti Linze, Zhangye, provinsi Gansu, barat laut China. (Foto/Wang Jiang)

Bagi menghadapi cabaran ini, syarikat-syarikat pengeluar telah mempelopori bahan canggih. Keluli tahan cuaca konvensional dengan tiga lapisan cat telah digantikan dengan keluli bersalut zink-aluminium-magnesium, yang mempunyai sifat swasembuh dan daya tahan luar biasa tinggi dalam persekitaran pesisir laut dengan kemasinan tinggi.

Inovasi lain turut menyusuli. Penebat wul seramik telah ditambah untuk perlindungan api; salutan berasaskan air yang mesra alam telah menggantikan cat berasaskan minyak; dan bahan lantai daripada buluh telah diperkenalkan untuk mengurangkan kebergantungan pada sumber kayu.

Kemajuan ini membolehkan kontena memainkan pelbagai fungsi baharu dalam penjanaan tenaga boleh baharu, pusat-pusat pengkomputeran, serta pembinaan bermodul. Selain aplikasi dalam sektor perindustrian, kontena juga memberi komuniti hembusan nafas baharu.

Di pekan Huanghu, Hangzhou, provinsi Zhejiang, timur China, berdirinya dua kontena berlapis di ruang terbuka di sebuah taman pertanian pintar. Di dalam, pokok selada tumbuh pada rak besi manakala tomato hidup subur di bawah lampu buatan. Kilang tumbuhan mudah alih yang dikawal secara digital ini satu contoh ketara inovasi.

“Menerusi sistem kawalan persekitaran yang jitu, kami sesuaikan formula cahaya, penyelesaian nutrien serta keadaan suhu dan kelembapan untuk tanaman,” kata Lei Lina, ketua kemudahan tersebut. Sebagai unit penanaman fleksibel, kilang berasaskan kontena dapat dipasang dan diangkut seperti blok mainan, menjadikan lebih mudah untuk membekalkan barangan segar di kawasan-kawasan setempat.

Foto menunjukkan sebuah kafe yang dibina daripada kontena khas di Suzhou, provinsi Jiangsu, timur China. (Foto daripada akaun rasmi Taihu New Town di WeChat)

Foto menunjukkan sebuah kafe yang dibina daripada kontena khas di Suzhou, provinsi Jiangsu, timur China. (Foto daripada akaun rasmi Taihu New Town di WeChat)

Pada masa yang sama, di Tasik Taihu Timur yang letaknya di Suzhou, provinsi Jiangsu, pelawat tertarik untuk berkunjung ke sebuah kafe yang penuh gaya. Dibina daripada empat kontena khas, struktur ini menggabungkan daya tarikan estetika dengan fungsi praktikal.

“Bagi menyesuaikan kontena ini untuk kegunaan awam, kami menggabungkan panel kalis bunyi, papan magnesium oksida kalis api sebagai bahan lantai, dan keluli kekuatan tinggi yang hanya 6 milimeter tebal untuk sokongan struktur,” kata Qian Xiaohui, ketua Suzhou Zhongnan Steel Structure. “Ini menjamin keselamatan sambil memaksimumkan ruang dalam.”

Versatiliti kontena yang semakin luas ini berkait rapat dengan kemajuan dalam pembuatan pintar.

Daripada sebuah “revolusi hijau” material kepada kemajuan cemerlang dalam senario penggunaan dan penaiktarafan pembuatan pintar, transformasi industri kontena China mencerminkan integrasi kuasa produktif kualiti baharu dalam sektor-sektor tradisional.

Video

Berita Berkaitan