- Lain-lain
Moody's Kekalkan Penarafan Kredit Berdaulat China pada "A1"
Agensi penarafan kredit antarabangsa Moody's mengekalkan penarafan kredit berdaulat China pada tahap "A1" serta menaikkan unjuran kepada stabil, menurut laporan terbaharu yang dikeluarkan agensi itu pada Isnin.
Pegawai Kementerian Kewangan China dalam respons kepada media, menyatakan penghargaan kepada Moody's susulan penarafan tersebut, yang disifatkan mencerminkan pengiktirafan tinggi terhadap daya tahan ekonomi makro dan kekuatan fiskal negara itu dalam menghadapi kejutan luar.
Penarafan itu juga menunjukkan keyakinan terhadap kemajuan serta momentum baharu dalam pembangunan ekonomi China yang berkualiti tinggi.
Mengulas lanjut, pegawai itu menyatakan bahawa pihaknya akan terus mengintensifkan pembaharuan komprehensif, membangunkan kuasa produktif kualiti baharu, memperkukuh asas operasi ekonomi yang stabil supaya menyumbang tenaga yang lebih besar kepada pemulihan dan kemakmuran ekonomi dunia.
- China Gesa Hapus Syarat Diskriminasi Dalam Akta Penggalak Industri EU
- Industri Desa Lekalkan Momentum Kukuh Suku Pertama
- Ekonomi Asia Pasifik Kekal Enjin Pertumbuhan Global - UNESCAP
- Landskap Kesalinghubungan dan Logistik China Lengkap dan Rancak - Pemenang Hadiah Nobel Ekonomi
- Ekonomi China Tumbuh Lima Peratus, Tunjuk Daya Tahan di Tengah Cabaran Global
- China Capai Pertumbuhan Mantap Suku Pertama
- Ekonomi China Kekal Berdaya Tahan Meskipun Ketegangan di Timur Tengah - IMF
- IMF Turunkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Global
- CPI China pada Mac Naik 1.0 Peratus Tahun ke Tahun
- Xi: Cipta Lembaran Baharu Pembangunan Sektor Perkhidmatan yang Berkualiti Tinggi




