Pemahaman Prestasi Tadbir Urus Ala China Disahut Baik

(CRI)Jumaat 08 Mei 2026

Sarjana dari Cuba, Eduardo Regalado Florido dalam artikel ditulisnya menyifatkan pemahaman mengenai prestasi tadbir urus ala China sebagai rujukan yang berguna kepada tadbir urus global.

Menurut beliau, Parti Komunis China (PKC) memberi penekanan kepada pemahaman yang betul terhadap prestasi tadbir urus, dengan objektif memastikan praktik pentadbiran negara sentiasa selaras dengan kepentingan asas rakyat, hukum sains serta konsep pembangunan mampan.

Pada pandangan Eduardo, pemahaman berkenaan telah pun dibuktikan pelaksanaannya di China dan boleh dirujuk di peringkat global.

Dalam aspek dasar luar, Eduardo menyatakan bahawa pemahaman itu dapat dilihat menerusi program kolaborasi antarabangsa yang diusahakan China, terutamanya usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan kerjasama Selatan-Selatan.

Sarjana itu berpendapat, pemahaman China tersebut menyediakan pendekatan baharu yang berpaksikan kesejahteraan rakyat, menghormati keadaan negara, menumpukan keberkesanan tadbir urus jangka panjang dan mengejar hasil yang lestari kepada tadbir urus global.

Video

Berita Berkaitan