Tianjuan CGTN: Keberkesanan Tadbir Urus China Dihargai Tinggi Responden Sejagat

(CRI)Rabu 29 Oktober 2025

Tinjauan pendapat umum yang dilancarkan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) terhadap 47,000 responden secara kumulatif di 46 buah negara untuk tiga tahun berturut-turut menunjukkan bahawa para responden memberikan penilaian positif terhadap tadbir urus China dari segi pengalaman, langkah dan keberkesanan, manakala tahap keyakinan mereka terhadap operasi ekonomi China terus meningkat.

Menurut hasil tinjauan dalam tiga tahun lalu, lebih daripada 84 peratus responden kekal menganggap China adalah negara yang berjaya.

Dalam penilaian terhadap keberkesanan tadbir urus kerajaan China, “memperbaiki infrastruktur”, “meningkatkan tahap pendidikan”, dan “meningkatkan paras pendapatan” berada di tiga tangga teratas dalam senarai pujian, dengan kadar purata melebihi 70 peratus.

Menurut keputusan tinjauan pada tahun 2025, terdapat 79.8 peratus responden memuji keberkesanan pembaikan infrastruktur China, 78.8 peratus responden menganggap tahap pendidikan China meningkat dengan ketara, manakala 73 peratus menganggap pendapatan penduduk China bertambah dengan ketara.

Video

Berita Berkaitan