Forum Sarjana Muda APEC Diadakan di Shenzhen

(CRI)Sabtu 09 Mei 2026

Forum Sarjana Muda Mesyuarat Bersama Pusat Kajian Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berlangsung di Chinese University of Hong Kong, Shenzhen (CUHK-Shenzhen) dari 7 hingga 8 Mei.

Forum tersebut menghimpunkan sarjana muda dari 13 anggota APEC termasuk Australia, Chile, China, wilayah Hong Kong China, Korea Selatan, Rusia, Singapura dan lain-lain.

Sesi tersebut menyaksikan para peserta berbincang mengenai pelbagai topik utama berkaitan pembangunan rantau Asia-Pasifik.

Menurut pihak penganjur, ini merupakan forum akademik pertama dalam sejarah APEC yang diwujudkan khas untuk sarjana muda dan kini ia secara rasmi telah dimasukkan dalam siri program "Tahun China APEC 2026".

Forum tersebut dilihat sebagai platform baharu untuk memperkukuh pertukaran belia, kerjasama akdemik serta dialog inovasi di rantau Asia-Pasifik.

Video

Berita Berkaitan