- Lain-lain
China Perhebat Sokongan Sektor Perkhidmatan Produktif

Seorang pekerja bertugas di barisan pengeluaran sebuah bengkel Inovance Group di daerah Jiangning, Nanjing, provinsi Jiangsu, timur China, 17 Mac 2026. (Xinhua/Li Bo)
China akan memperhebat sokongan terhadap sektor perkhidmatan produktif dalam segenap rantaian perindustrian, meliputi penyelidikan dan pembangunan serta pengeluaran dan logistik.
Mengulas pada program bicara media Agensi Berita Xinhua, China Economic Roundtable, Li Chunfang dari Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) memetik garis panduan terbaru Dewan Negara yang menyasarkan penambahbaikan kapasiti dan kualiti sektor perkhidmatan.
Garis panduan tersebut menetapkan enam usaha utama termasuk memperkukuh peranan sokongan perkhidmatan sains dan teknologi, mempertingkat daya saing komprehensif logistik moden, dan memacu inovasi dalam perkhidmatan perisian dan maklumat, kata Li.
Beliau turut menegaskan tumpuan kepada perkhidmatan melibatkan kewangan rantaian bekalan khas, penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar, selain pengoptimuman perkhidmatan perniagaan.
Selaku perancang ekonomi tertinggi negara, NDRC sedang mengenal pasti dengan jelas tanggungjawab bagi tugas-tugas mustahak, dan memperincikan lagi langkah sokongan melalui kerjasama dengan jabatan yang berkaitan.
NDRC mentakrifkan perkhidmatan produktif sebagai yang menyokong dan memperkasakan pengeluaran. Ini termasuk dalam penyelidikan, pembangunan dan rekaan, pengurusan rantaian bekalan, pemeriksaan dan ujian, serta logistik moden.
Sektor perkhidmatan produktif China mengekalkan pertumbuhan stabil pada tahun-tahun kebelakangan ini, dengan output nilai ditambah meningkat daripada 27.57 trilion yuan pada 2020 kepada 42.18 trilion yuan pada 2025. Bilangan entiti perniagaan yang berkenaan bertambah pada kadar 8 peratus setahun secara puratanya antara 2020 dan 2025, menurut data NDRC.
- Kuasa Produktif Kualiti Baharu: Revolusi yang Melangkaui Terminologi
- Pameran Fotografi Papar Kemajuan Kuasa Produktif Kualiti Baharu
- China Antara Tunggak Landskap Inovasi Dunia
- Kegilaan Magnet Peti Sejuk Cermin Kerancakan Penggunaan Kebudayaan China
- Magnet Peti Sejuk Mahkota Phoenix di Muzium Jadi Tular
- Artikel Xi Mengenai Kuasa Produktif Kualiti Baharu di Jurnal Qiushi
- Manfaatkan Kuasa Produktif Kualiti Baharu, Cipta Kehidupan Lebih Baik: Wakil NPC
- Kuasa Produktif Kualiti Baharu, Kunci Transformasi Industri Pembuatan: Wakil NPC
- Usaha China Majukan Kuasa Produktif Kualiti Baharu Jadi Tumpuan
- Pembangunan Kuasa Produktif Kualiti Baharu Bawa Peluang kepada Dunia




