Kuasa Produktif Kualiti Baharu: Revolusi yang Melangkaui Terminologi

(CRI)Isnin 30 Mac 2026

Konsep "Kuasa Produktif Kualiti Baharu" (KPKB) pertama kali dikemukakan oleh pemimpin tertinggi China, Xi Jinping pada September 2023. Dari segi intipatinya, KPKB yang diterajui inovasi sains teknologi, merupakan produktiviti yang maju yang selaras dengan konsep pembangunan baharu dan berbeza daripada penggerak pertumbuhan ekonomi yang konvensional. Dengan adanya teknologi tinggi, kecekapan tinggi dan kualiti tinggi, KPKB gah dengan peningkatan kadar pengeluaran yang ketara.

KPKB bukan sekadar pembaharuan konsep atau peralihan wacana di peringkat teori, tetapi sebenarnya merupakan transformasi daya pengeluaran yang tulen, iaitu revolusi yang melangkaui terminologi.

Pembangunan KPKB bukan sahaja melibatkan peningkatan teknologi dan industri, malah turut meliputi reformasi menyeluruh agar hubungan pengeluaran dapat menyesuaikan diri dengan keperluan pembangunan daya pengeluaran maju.

China sedang giat memperbaiki peraturan pasaran melalui pengumpulan data yang lengkap, memperhalusi reformasi sistem sains dan teknologi, mengoptimumkan persekitaran industri serta membangunkan KPKB mengikut acuan tersendiri di pelbagai tempat bagi menghapuskan halangan inovasi, sekaligus meningkatkan keserasian yang dinamik antara hubungan pengeluaran dengan daya pengeluaran pada tahap yang lebih tinggi.

Dari perspektif domestik, KPKB mampu menyediakan sokongan kukuh untuk peningkatan industri, inovasi sains dan teknologi, pembangunan hijau serta pembaikan hidup rakyat, mendorong pertumbuhan ekonomi China dari segi baik kualiti mahupun kuantiti, malah memainkan peranan sebagai penggerak yang kukuh dalam membina sistem perindustrian moden, memacu pembangunan berkualiti tinggi dalam pelbagai bidang, dan memperjuangkan matlamat modenisasi ala China.

Dari perspektif global, KPKB juga membawa makna yang besar dengan menawarkan pendekatan pemodenan baharu kepada negara-negara di seluruh dunia terutamanya negara membangun, yang tidak bergantung kepada rampasan sumber, tidak melibatkan peluasan secara kasar, dan berpegang teguh kepada pemodenan yang dipacu inovasi.

Pembudayaan KPKB sebenarnya boleh dilihat sebagai kebijaksanaan dan penyelesaian China kepada pemulihan ekonomi global dan pembangunan mampan serta usaha pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Video

Berita Berkaitan