- Lain-lain
China Gesa Semua Pihak Elak Ketegangan Memuncak di Teluk
Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong menggesa semua pihak supaya menahan diri dan mengelakkan ketegangan di rantau Teluk daripada terus meningkat.
Beliau berkata demikian dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Asia Barat pada Isnin.
Fu berkata, walaupun Amerika Syarikat (AS) dan Iran secara umumnya masih mengekalkan gencatan senjata, namun risiko peningkatan konflik masih wujud.
Menurut beliau, pada saat kritikal antara perang dan keamanan ini, semua pihak perlu menunjukkan tahap kawalan diri yang maksimum serta mematuhi perjanjian gencatan senjata.
Fu juga mahu supaya tidak ada pihak yang mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur ancaman atau melakukan tindakan ketenteraan yang berisiko mencetuskan semula konflik.
Katanya, masyarakat antarabangsa juga perlu menghantar mesej yang jelas dan tegas untuk menentang sebarang tindakan yang menjejaskan gencatan senjata dan meningkatkan konfrontasi.
Menurut Fu, China menggalakkan AS dan Iran untuk berpegang kepada penyelesaian politik, dan menyelesaikan perselisihan dan percanggahan termasuk isu nuklear melalui rundingan.
Beliau berkata, China menghargai peranan pengantaraan yang dimainkan Pakistan, dan menyokong usaha mencapai gencatan senjata menyeluruh dan berkekalan bagi memulihkan keamanan serta kestabilan di rantau Asia Barat dan Teluk.
- Kalau Iran Tidak Bertindak Segera, Mereka akan Kehilangan Segalanya - Trump
- China Sokong Usaha Pengantaraan Pakistan Wujudkan Rundingan dalam Perang AS-Iran
- Iran Tolak Usul AS untuk Tamatkan Perang
- Iran Kutuk Serangan Israel di Beirut
- AS Perlu Jauhkan Diri dari Israel Jika Mahu Tamatkan Konflik - Iran
- Cadangan Baharu Iran Tidak Boleh Diterima - Trump
- Sekatan Laluan Selat Hormuz Berpunca daripada Tindakan Ketenteraan Haram AS-Israel
- Iran Kemukakan Cadangan Rundingan Tiga Fasa Kepada AS
- Laluan Perdagangan di Selat Hormuz Semakin Pulih
- Tentera AS Mula Laksanakan Sekatan Maritim di Selat Hormuz




