- Lain-lain
Xi, Putin Bertemu Wartawan Selepas Rundingan di Beijing

Presiden China Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin di sini, pada Rabu.
Dalam sesi bertemu wartawan selepas rundingan itu, Xi berkata bahawa ini merupakan lawatan kali ke-25 Presiden Putin ke China, dan ia dapat memperlihatkan tahap tinggi dan keistimewaan hubungan China-Rusia.
Menurut Xi, kedua-dua pemimpin telah menandatangani kenyataan bersama untuk meningkatkan hubungan perkongsian strategik komprehensif untuk koordinasi dan memperdalam kerjasama tetangga baik China-Rusia, selain menyaksikan penandatanganan beberapa dokumen kerjasama dua hala.
Xi berkata, China dan Rusia akan mengikuti perkembangan arus sezaman yang damai, membangun, kolaboratif dan sama menang untuk mendorong hubungan China-Rusia mencapai pembangunan bermutu lebih tinggi.
Menurut Xi, China dan Rusia harus mengukuhkan kepercayaan politik yang bermutu lebih tinggi dan meningkatkan sokongan strategik antara satu sama lain.
Di samping itu, kedua-dua negara patut memperkasakan kerjasama saling menguntungkan yang bermutu lebih tinggi, di samping berkolaborasi untuk memacu pembangunan dan kemakmuran negara masing-masing, menurut Xi.
Pada masa sama, Xi berkata, kedua-dua negara patut mempromosikan pertukaran rakyat-ke-rakyat yang bermutu lebih tinggi, serta mengukuhkan asas persahabatan di kalangan rakyat supaya hubungan itu kekal abadi dari generasi ke generasi.
Selain itu, China dan Rusia perlu menjalin koordinasi antarabangsa yang bermutu lebih tinggi, dan bersama-sama membaharui dan menambah baik tadbir urus global, kata Xi.
Dalam sesi bertemu wartawan itu, Putin pula mengatakan bahawa hubungan Rusia-China kini berada di tahap paling tinggi dalam sejarah.
Tegasnya, kerjasama kedua-dua negara ini tidak menyasarkan pihak ketiga dan tidak akan terganggu oleh perubahan geopolitik.
Rusia dan China akan mengekalkan koordinasi strategik yang erat di pentas dunia, bersama-sama memelihara visi dan prinsip Piagam PBB, serta memelihara keselamatan dan kestabilan global, tegas Putin.
- Hubungan China-Rusia Masuk Tahap Baharu, Lebih Dinamik dan Berkembang Pesat - Xi
- Xi, Putin Setuju Lanjutkan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Kejiranan China-Rusia
- China, Rusia Perlu Tingkatkan Kerjasama Strategik Menyeluruh Berkualiti Tinggi - Xi
- Ekspo China-Rusia ke-10 Himpun Lebih 1,500 Syarikat di Harbin
- Presiden Rusia Tiba di Beijing
- Rusia Komited Perkukuh Hubungan dengan China - Putin
- Kementarian Luar Dedah Jadual Lawatan Putin ke China
- Jabatan Imigresen Harbin Tingkatkan Perkhidmatan Sempena Ekspo China-Rusia Ke-10
- Xi, Putin Utus Tahniah Perasmian Ekspo China-Rusia ke-10
- Putin Lawat China Bermula Selasa Depan




