Pelabuhan Ulastay Xinjiang Terima Kargo Masuk Pertama pada 2026

(CRI)Khamis 21 Mei 2026

Pelabuhan Ulastayyang terletak di Kaunti Qitay, wilayah Xinjiang China menerima kargo masuk kumpulan pertama bagi tahun 2026, iaitu 12 lori dari Mongolia yang penuh dengan muatan arang kok, pada Selasa.

Sejak pelabuhan darat tersebut didirikan pada tahun 1991, ini merupakan kali pertama ia dibuka secara berterusan mengikut musim.

Sebagai pelabuhan darat yang dimuka mengikut musim peringkat A kebangsaan dan juga pintu masuk penting di Xinjiang terhadap Mongolia, Pelabuhan Ulastayakan dibuka dari 16 Mei hingga 30 September tahun ini.

Tempoh pembukaan yang lebih panjang dipercayai akan merangsang aktiviti perdagangan rentas sempadan antara China dengan Mongolia, sekali gus menyuntik daya penggerak yang kuat kepada pembukaan Xinjiang pada tahap tinggi.

Video

Berita Berkaitan