- Lain-lain
Ekspo Pelancongan Musim Bunga Xinjiang ke-7 Berjaya Diadakan

Pada 27 hingga 29 Mac, Ekspo Pelancongan Musim Bunga Xinjiang ke-7 diadakan dengan jayanya di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Xinjiang di bandar Urumqi. Ekspo yang bertemakan "Irama Baharu Jalan Sutera, Kerancakan Xinjiang semasa Musim Bunga" ini menyediakan premis seluas 20,000 meter persegi dengan menawarkan tiga zon pameran utama, iaitu Balai Jenama Pelancongan, Balai Penggunaan Pelancongan dan Balai Teknologi, Budaya dan Muzium.


Sebanyak lebih 700 buah gerai dikongsi oleh lebih 2,000 perusahaan domestik dari lebih 20 buah provinsi dan bandar, dan lebih 50 buah syarikat asing dari Kazakhastan, Kirghizstan, Tajikistan dan Australia.


Dilaporkan bahawa terdapat lebih 18,000 perjanjian yang dicapai dalam ekspo selama tiga hari itu, membabitkan kontrak kerjasama yang berpotensi bernilai RMB3.83 bilion (RM2.24 bilion). Bilangan pengunjung yang menunjukkan minat terhadap industri budaya dan pelancongan mencapai 32,000 orang.
- Pertanian Pintar Bantu Kapas Xinjiang Mekar
- Xinjiang Grand Bazaar Internasional
- Perarakan Shehuo Kembali Meriahkan Urumqi
- Hantaran Barangan Melalui Alashankou Naik 11.4 Peratus pada Jan 2026
- Kereta Api Perlahan Jadi ‘Bazar Tahun Baharu’ Bergerak
- Xinjiang Terima 323 Juta Pelancong Sepanjang 2025
- Kemajuan Xinjiang dan Xizang Tak Boleh Dinafi - MFA
- Rekod Baharu: Lebih 450,000 Kenderaan Dieksport Melalui Horgos
- Petani Tempatan Lawan Penggurunan di Kaunti Moyu, Xinjiang
- Sukan Ski Disenaraikan Mata Pelajaran Wajib di Sekolah Rendah dan Menengah Altay




