- Lain-lain
Kerjasama UNESCO, China Terus Diperluas

Kerjasama antara Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dengan China melangkaui skop dua hala sehingga mencakupi seluruh Selatan Global.
Demikian ujar Ketua Pengarah UNESCO, Khaled El-Enany semasa temu bual eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
Beliau berkata China merupakan salah satu rakan kongsi terpenting bagi UNESCO dan kolaborasi kedua-dua pihak melibatkan segenap bidang antaranya pendidikan, sains, budaya, komunikasi dan maklumat.
El-Enany membuat lawatan sulung ke China pada pertengahan bulan Mei dengan menjejakkan kaki ke bandar Hangzhou, Beijing dan Shanghai.
Beliau berkongsi pengalaman menghadiri majlis perasmian Persidangan Pendidikan Digital Dunia serta sidang pleno berkenaan di Hangzhou.
El-Enany menyatakan bahawa transformasi digital dan pengaplikasian kecerdasan buatan (AI) merupakan trend utama terkini.
Teknologi perlu berpusatkan manusia, kata beliau sambil menambah bahawa pembangunan AI harus mematuhi garis panduan etika dan mencerminkan nilai-nilai seperti keadilan dan keterangkuman.
Ketua Pengarah turut menyifatkan inisiatif China berkaitan interaksi dan saling belajar sesama tamadun sebagai sepadan dengan visi dan misi UNESCO.
- China, UNESCO Tandatangan MoU Peningkatan Kerjasama Strategik
- Peng Liyuan Bertemu Ketua Pengarah UNESCO
- Xi Bertemu Ketua Pengarah UNESCO
- Quanzhou, Wuxi Kini Sebahagian Daripada Jaringan Bandar Kreatif UNESCO
- Institut Pendidikan STEM UNESCO Berakar di Shanghai
- Makam Diraja Xixia China Diiktiraf Tapak Warisan UNESCO
- UNESCO, China Anjur Simposium Rai Hari Dialog Sesama Tamadun
- China Dipilih sebagai Pengerusi Persidangan Negara Pihak Konvensyen UNESCO 1970
- Presiden Xi Tekankan Peri Penting Pemeliharaan Warisan Alam Semula Jadi dan Kebudayaan di Fujian
- Dua Tapak Taman Geologi China Masuki Senarai UNESCO




