- Lain-lain
China Sokong Rundingan Damai AS-Iran, Gesa Gencatan Senjata Berkekalan

Dialog dan rundingan kekal sebagai jalan yang terbaik untuk menyelesaikan konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung laporan bahawa Washington dan Tehran dijangka akan mencapai perjanjian.
Mao berkata penggunaan kekerasan bukan penyelesaian, manakala pintu dialog yang telah dibuka tidak seharusnya ditutup semula.
Menurutnya, semua pihak perlu mengekalkan momentum pengurangan ketegangan serta terus berpegang kepada penyelesaian politik melalui rundingan dan dialog.
Beliau turut menggesa supaya satu penyelesaian dicapai yang mengambil kira kebimbangan pelbagai pihak.
China juga menyeru pembukaan semula laluan perkapalan bagi menjamin kestabilan dan kelancaran rantaian bekalan dan perindustrian global.
Mengulas lanjut Mao berkata, masyarakat antarabangsa berharap gencatan senjata berkekalan dan menyeluruh dapat dicapai segera bagi memulihkan keamanan dan kestabilan di Asia Barat dan rantau Teluk.
- China Gesa Semua Pihak Elak Ketegangan Memuncak di Teluk
- Kalau Iran Tidak Bertindak Segera, Mereka akan Kehilangan Segalanya - Trump
- China Sokong Usaha Pengantaraan Pakistan Wujudkan Rundingan dalam Perang AS-Iran
- Iran Tolak Usul AS untuk Tamatkan Perang
- AS Perlu Jauhkan Diri dari Israel Jika Mahu Tamatkan Konflik - Iran
- Cadangan Baharu Iran Tidak Boleh Diterima - Trump
- Sekatan Laluan Selat Hormuz Berpunca daripada Tindakan Ketenteraan Haram AS-Israel
- Iran Kemukakan Cadangan Rundingan Tiga Fasa Kepada AS
- Laluan Perdagangan di Selat Hormuz Semakin Pulih
- Tentera AS Mula Laksanakan Sekatan Maritim di Selat Hormuz




