Masih Terdapat Perselisihan dalam Rundingan AS-Iran

(CRI)Selasa 26 Mei 2026

Delegasi Iran yang diketuai Speaker Parlimen negara itu, Mohammad Bagher Ghalibaf tiba di Doha, ibu kota Qatar pada Isnin bagi menyertai perbincangan mengenai kemungkinan Iran dan Amerika Syarikat (AS) mencapai perjanjian bagi menamatkan peperangan.

Sebelum ini, pegawai AS menyatakan bahawa rangka kerja perjanjian berkenaan telah selesai sebanyak 95 peratus, manakala Presiden Donald Trump pula menyifatkan rundingan dengan Iran sebagai "berjalan lancar".

Namun pihak Iran pula membalas bahawa kesepakatan tidak bermakna perjanjian akan ditandatangani disebabkan sikap AS yang sering berubah-ubah.

Walaupun terdapat isyarat positif dalam rundingan ini, kedua-dua pihak masih berbeza pendirian secara ketara mengenai isu-isu utama seperti isu nuklear, pembatalan sekatan, dan kuasa kawalan Selat Hormuz.

Video

Berita Berkaitan