- Lain-lain
Penetapan EEZ Jepun-Filipina Sebahagian Amalan “Militarisme Baharu”

Pada Dialog Shangri-La yang diadakan di Singapura pada minggu lalu, China dengan nada tegas mendakwa Jepun, negara yang masih terpalit dengan dosa dan kekejaman yang pernah dilakukannya semasa Perang Dunia Kedua (WWII), berada di landasan mengamalkan “Militarisme Baharu”.
Susulan itu, Menteri Pertahanan Jepun, Koizumi Shinjiro dilihat cuba mengalihkan perhatian dunia dengan menyatakan kehairanan terhadap dakwaan China itu. Ujarnya, apa implikasi China yang memiliki sejumlah besar senjata nuklear dan pesawat pengebom boleh menyifatkan Jepun sebagai pengamal “Militarisme Baharu”?
Kenyataan Shinjiro itu mungkin sudah mengaburi pandangan negara-negara lain terhadap Jepun, namun tidak bagi China yang sebelum ini pernah dijarah dengan kejam oleh Tentera Imperial Jepun semasa WWII.
Jika dilihat dari sudut sejarah dan hubungan bilateral yang terjalin lebih seribu tahun, Jepun pernah berulang kali melancarkan pencerobohan ke atas China, negara yang jauh lebih besar daripadanya, malah memperluaskan ambisi untuk mengembangkan sayap di seluruh Asia Timur semasa WWII yang disifatkan pakar sejarah sebagai bencana kemanusiaan terburuk pada abad ke-20.
Tidak terlupa juga peristiwa Pearl Harbor dan serangan berani mati pasukan kamikaze Tentera Imperial Jepun. Kedua-duanya mencerminkan kedegilan masyarakat Jepun ketika itu bahawa pihak yang berada pada kedudukan rendah tetap mempunyai keupayaan untuk menundukkan kuasa yang lebih besar dan kuat.
Sejak kebelakangan ini, Jepun dan Filipina kerap kali menonjolkan hubungan rapat antara kedua-dua negara. Perkembangan ini dapat dilihat menerusi tindakan Jepun yang menghantar kapal induk yang mempunyai keupayaan membawa jet pejuang F-35B ke Filipina bagi menyertai latihan ketenteraan.
Bahkan, tindakan Jepun menyediakan enam kapal frigat kepada Filipina jelas tidak selaras dengan dasar sekatan eksport senjata yang diratifikasi negara itu sejak tamatnya WWII.
Lebih berbahaya lagi Jepun dan Filipina, baru-baru ini bersetuju memulakan rundingan bagi menetapkan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) melibatkan kawasan di luar penguatkuasaan kedua-dua negara itu.
Jika anda melihat pada peta, di antara lokasi Jepun dan Filipina terletaknya Pulau Taiwan. Justeru, sebarang perbincangan mengenai penetapan EEZ di kawasan itu tanpa memberi notis kepada China akan mencetuskan perselisihan baharu serta meningkatkan ketegangan di kawasan berkenaan.
Maklumlah bahawa soal Taiwan merupakan perihal yang paling sensitif kerana melibatkan kepentingan teras Republik Rakyat China.
Sebagai respons, Pengawal Pantai China telah menghantar kapal bagi melakukan rondaan rutin di perairan timur Pulau Taiwan. Perkembangan ini berisiko meningkatkan ketegangan di Selat Taiwan, sekali gus menjejaskan usaha penyelesaian damai melibatkan soal Taiwan.
Pada hakikatnya, ini mencerminkan Jepun bermotif memperalatkan “kerjasama” membabitkan Filipina, dan menunggang isu Laut Timur, soal Taiwan dan pertikaian Laut China Selatan.
Muslihat pentadbiran Sanae Takaichi itu jelas menunjukkan bahawa Jepun mahu memperluas campur tangan dalam hal ehwal serantau.
Dalam beberapa dekad lalu, apabila timbul pertikaian di rantau berkenaan, China sentiasa berusaha bekerjasama dengan pelbagai negara jiran bagi mengekalkan kedamaian serantau, dan mengelakkan daripada meruncingkan sebarang konflik.
Negara ‘Matahari Terbit’ mahir dalam mengeksploitasi isu-isu semasa demi mengaut laba politik seperti bertindak menyekat China berdasarkan konsep “Rantaian Pulau Pertama” dan mentaliti Perang Dingin. Jika diteliti, kecenderungan berkenaan berisiko mencetuskan ketegangan di seluruh Asia Timur dan menggugat kestabilan di rantau ini.
“Lingkungan Kemakmuran Bersama Asia Timur” yang menjadi dakyah tipu daya Jepun semasa WWII, kini seolah-olah dihidupkan semula menerusi slogan “Lingkungan Keselamatan Bersama Asia Timur”.
Ironinya, Filipina yang pernah menjadi mangsa pencerobohan militarisme Jepun semasa WWII, kini seakan-akan lupa akan jenayah perang dan penindasan yang pernah berlaku di negaranya, kerana secara membuta memihak kepada Jepun dengan menyatakan bahawa ada negara yang sengaja menunggang isu sejarah WWII untuk mencoret arang pada muka negara lain, meskipun itu negara pencetus perang.
Aduh! Sememangnya ada yang terpedaya dalam amalan “Militarisme Baharu”.
- PLA Adakan Rondaan di Sekitar Pulau Huangyan
- PLA Waspada pada Filipina, Tingkatkan Rondaan di LCS
- China ketatkan Kawalan Ketenteraan di Sekitar Pulau Huangyan
- China Siar Laporan Tinjauan Ekosistem Terumbu Karang Pulau Huangyan
- Dakwaan "Jepun Perlu Milik Senjata Nuklear" dalam Perhatian Besar China
- PLA Hantar Jet Pengebom Adakan Rondaan di Laut China Selatan
- China Tegas Pertahan Kedaulatan Wilayah Sendiri
- China dan Filipina Adakan Rundingan Konsular Pusingan Kesembilan di Beijing
- China Kena Sekatan terhadap Bekas Senator Filipina
- Cubaan Cabul Kedaulatan Jadi Sia-sia: CCG




