PLA Hantar Jet Pengebom Adakan Rondaan di Laut China Selatan

(CRI)Ahad 16 November 2025

Tentera China pada Ahad mendesak Filipina supaya menghentikan tindakan provokasi dengan serta merta, mengelakkan situasi di Laut China Selatan daripada menjadi lebih tegang.

Jurucakap Komando Medan Selatan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA), Tian Junli membuat kenyataan tersebut berikutan Filipina mengadakan apa yang disebut 'rondaan bersama' dengan kuasa dari luar rantau ini yang dianggap menjejaskan kedamaian dan kestabilan serantau.

Beliau berkata, Komando Medan Selatan telah mengerahkan formasi jet pengebom untuk mengadakan rondaan rutin di Laut China Selatan pada Jumaat.

Pasukan dari Komando Medan Selatan mengekalkan kewaspadaan tinggi, dengan tegas membela kedaulatan dan keselamatan negara serta kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan.

"Apa jua percubaan untuk menceroboh hak yang sah dan membuat kekacauan pasti akan menemui kegagalan," kata Tian.

Video

Berita Berkaitan