- Lain-lain
China Tegas Pertahan Kedaulatan Wilayah Sendiri
China dengan tegas mempertahankan kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim sendiri.
Pertikaian maritim perlu diselesaikan secara damai melalui rundingan dan perbincangan antara negara yang terlibat secara langsung.
Sebarang bentuk ancaman atau provokasi pasti akan mengalami kegagalan.
Demikian tegas jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media pada Rabu sebagai respons terhadap kenyataan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) yang mengecam tindakan China merempuh dan menggunakan meriam air terhadap kapal Filipina di Laut China Selatan (LCS) baru-baru ini.
Lin berkata, semua fakta dan bukti jelas menunjukkan bahawa Filipina yang terlebih dahulu melakukan tindakan provokatif.
Hakikatnya Filipina merupakan pihak yang mencetuskan situasi berbahaya di laut dan menjejaskan kestabilan serantau.
“Namun AS mengabaikan fakta dan menuduh tindakan China yang sah untuk mempertahankan kedaulatan, serta cuba memberi ancaman dengan menggunakan Perjanjian Pertahanan Bersama AS-Filipina.
“Tindakan AS tersebut sekali lagi memperlihatkan niat jahat negaranya yang sengaja mencetuskan konfrontasi dan menjejaskan kestabilan di LCS, dan juga membuktikan AS merupakan entiti utama mengganggu kestabilan serantau.” kata jurucakap itu.
- China Tekad Pertahan Kedaulatan Negara, Integriti Wilayah
- China dan Filipina Adakan Rundingan Konsular Pusingan Kesembilan di Beijing
- China Kena Sekatan terhadap Bekas Senator Filipina
- Cubaan Cabul Kedaulatan Jadi Sia-sia: CCG
- CCG Lakukan Kawalan terhadap Kapal Filipina Menurut Undang-undang
- China Gesa Filipina Segera Hentikan Pencerobohan di Terumbu Tiexian
- Latihan Ketenteraan AS, Filipina Bertentangan dengan Kepentingan Serantau
- China Halau Pesawat Filipina Ceroboh Ruang Udara Pulau Huangyan
- Filipina Digesa Jangan Ulang Kesilapan Sama
- Pelayaran Armada China di Selat Basilan Sah, Selaras Praktis Antarabangsa
- CCG Usir Dua Kapal Filipina Ceroboh Masuk Tiexian Jiao