- Lain-lain
Naib Presiden China Bertemu Putin

Naib Presiden China Han Zheng bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di St. Petersburg pada Jumaat.
Han berkata China bersedia bersama Rusia untuk memperkukuh rasa saling percaya dalam bidang politik, memperluas kerjasama pragmatik, memperkasa koordinasi antarabangsa dan memperkaya konotasi hubungan dua hala.
Beliau menyatakan harapan agar kedua-dua pihak terus meningkatkan penyelarasan bagi menggerakkan pembinaan sistem tadbir urus global yang lebih adil dan munasabah.
Sementara itu, Putin menyifatkan hubungan Rusia-China berada pada tahap tinggi yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Rusia komited untuk meningkatkan lagi kepercayaan politik dan kejiranan baik dengan China, memajukan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang serta menyumbang kepada keamanan dan pembangunan dunia, ujar beliau.
- China, Rusia Eratkan Kerjasama dalam Bidang Legislatif
- Chen Wenqing akan Hadir Persidangan Keselamatan Antarabangsa, Lawat Rusia dan Kazakhstan
- Xi, Putin Bertemu Wartawan Selepas Rundingan di Beijing
- Lawatan Putin ke China, Perkukuh Hubungan Beijing-Moscow ke Tahap Lebih Tinggi
- Xi dan Putin Hadiri Majlis Pelancaran "Tahun Pendidikan China-Rusia"
- Xi, Putin Bertemu di Beijing, Komited Perkukuh Hubungan China-Rusia
- Hubungan China-Rusia Masuk Tahap Baharu, Lebih Dinamik dan Berkembang Pesat - Xi
- Xi, Putin Setuju Lanjutkan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Kejiranan China-Rusia
- China, Rusia Perlu Tingkatkan Kerjasama Strategik Menyeluruh Berkualiti Tinggi - Xi
- Ekspo China-Rusia ke-10 Himpun Lebih 1,500 Syarikat di Harbin




