- Lain-lain
Inisiatif Belia Global Untuk Tadbir Urus Perikanan Laut Dilancarkan di Shanghai
Siri program berkaitan tadbir urus dan pembangunan perikanan laut global telah berlangsung di Shanghai baru-baru ini.
Inisiatif Belia Global bagi Tadbir Urus Perikanan Laut turut dilancarkan sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.
Inisiatif tersebut menyeru golongan belia di seluruh dunia menyahut matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memberi tumpuan kepada isu pembanterasan penangkapan ikan haram, terlibat aktif dalam kerjasama penyelidikan saintifik, komunikasi awam dan khidmat sukarelawan.
Matlamatnya adalah untuk menggalakkan pembinaan sistem perikanan yang lebih bertanggungjawab dan mampan di peringkat global.
Acara itu turut mempamerkan karya terbaik daripada pertandingan "Pandangan Perikanan China" dari perspektif belia global.
Belia dari 25 buah negara termasuk Vietnam, Indonesia, Myanmar, Tonga, Laos dan Pakistan telah menyertai acara itu dengan menghasilkan karya fotografi, video dan penulisan yang memaparkan pembangunan perikanan ekologi dan perikanan pintar di China, serta kisah kerjasama perikanan antarabangsa.
- Wang Yi Hadir Mesyuarat Kumpulan Rakan Tadbir Urus Global
- China Seru Tadbir Urus Kesihatan Global Lebih Adil dan Seimbang
- Zhang Guoqing Hadiri Forum Bandar Sedunia ke-13 di Azerbaijan
- China Maju dan Inovatif, Penstabil Landskap Keamanan Dunia - Media Pakistan
- Pemahaman Prestasi Tadbir Urus Ala China Disahut Baik
- Pemahaman Prestasi Tadbir Urus Ala China: Cetusan Idea Baharu kepada Tadbir Urus Global
- Persidangan Peringkat Tinggi ke-3 Forum Tindakan Global untuk Pembangunan Bersama Berlangsung di Beijing
- Keprihatinan Negara Membangun Diseru Ditimbangkan dalam Pembaharuan PBB
- China Seru Perbaiki Tadbir Urus dalam Bidang Hak Asasi Manusia Global
- China Atasi AS dalam Penarafan Kelulusan Kepimpinan Global: Gallup




