China, Laos Sepakat Perkasa Kerjasama Sempadan

(CRI)Jumaat 24 April 2026

Mesyuarat ke-21 Jawatankuasa Bersama Sempadan China-Laos berlangsung selama dua hari di Beijing bermula Rabu.

Kedua-dua pihak saling bertukar pandangan dan mencapai konsensus dalam beberapa perkara termasuk mengenai kawalan sempadan dan kerjasama penguatkuasaan undang-undang, usaha mempermudah prosedur pelepasan kastam serta kerjasama rentas sempadan.

Selain itu, kedua-dua pihak juga sepakat untuk terus bersinergi meningkatkan keberkesanan kerjasama sempadan dan memacu pembangunan kawasan sempadan sekali gus menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Laos.

Video

Berita Berkaitan